Ganas dan brutal! Bunuh suami, bapa sendiri kerana wang! Dipukul, dicekik, dikelar dan dicampak!
Published bySANGGUPKAH seorang isteri membunuh suami sendiri dan anak pula bersubahat dengan ibunya melakukan jenayah kejam mengambil nyawa bapa sendiri?
Sukar dipercayai tetapi kejadian ini berlaku di Andheri, yang terletak di bahagian barat bandar raya Mumbai, negeri Maharashtra, India. Seorang penjawat awam, Santana Krishnan Sashdari, 53, dibunuh oleh isteri dan anaknya pada awal pagi Khamis 10 Februari 2022 lalu kerana isu wang.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
KUARTERS yang didiami oleh Santana Krishnan Sashdari bersama isterinya, Jaisheela dan anak lelaki mereka, Arvind di Andheri dekat Mumbai.
Memetik laporan mid-day, kedua-dua beranak tersebut, Jaisheela, 52, dan anak lelakinya Arvind, 26, tergamak membunuh Krishnan dengan menolaknya dari tingkat tujuh flat yang mereka diami.
Krishnan berjawatan penolong pengurus besar di Bahagian Industri
Kecil Bank Pembangunan India dan tinggal di tingkat tujuh kuarters pegawai bank
di Andheri.
Pada mulanya kedua-dua beranak itu cuba mengelirukan polis kononnya Krishnan membunuh diri dengan terjun daripada unit kediaman mereka.
Namun polis yang menjalankan siasatan curiga dengan dakwaan mereka. Akhirnya setelah disoal siasat mereka mengaku membunuh Krishnan.
SANTANA KRISHNAN SASHDARI
Menurut pegawai penyiasat, Abdul Rauf Shaikh, kedua-dua
beranak tersebut membunuh Krishnan kerana berang apabila mangsa enggan
mengeluarkan wang untuk membiayai pengajian anaknya yang ingin melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
Arvind menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan ingin menyambung belajar ke Kanada.
Hasratnya direstui oleh ibu. Namun bapanya enggan mengeluarkan biaya sehingga menimbulkan kemarahan ibu dan anak serta sering menjadi punca pergaduhan berterusan.
Pergaduhan ini mambawa padah apabila pada awal pagi Khamis 10 Februari Jaisheela dan Arvind tekad menamatkan riwayat Krishnan akibat rasa marah dan kecewa yang sudah tidak dibendung. Ketika itu Jaisheela lupa Krishnan adalah suaminya dan Arvind lupa itu bapanya.
Abdul Rauf memberitahu, pada awal pagi tersebut, kira-kira pukul 4 pagi, kedua-dua beranak tersebut mula ‘mengerjakan’ Krishnan dengan memukul dan mencekiknya. Kepala mangsa dihantuk berkali-kali ke bucu katil kayu sehingga berdarah.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengelar nadi pada tangan mangsa. Niat mereka ialah untuk menunjukkan kepada polis bahawa Krishnan membunuh diri.
Bagaimana pun masalah mereka ialah terlalu banyak kesan cedera dan lebam pada badan Krishnan akibat pukulan. Jika mereka memberitahu polis mangsa membunuh diri, pasti polis sukar mempercayai.
ARVIND
Kedua-dua beranak itu kemudian memutuskan untuk menolak Krishnan daripada balkoni tingkat tujuh kediaman.
Mereka kemudian mencuci darah yang memercik dalam rumah akibat nadi Krishnan yang dihiris, serta membasuh pakaian mereka yang ada tompokan darah ke dalam mesin basuh.
Bunyi tubuh Krishnan jatuh ke tanah didengari seorang
pengawal keselamatan. Apabila mendapati yang jatuh itu Krishnan, dia berkejar
ke unit kediaman mangsa untuk memaklumkan kepada keluarganya tanpa mengetahui
isteri dan anaknya yang menolak mangsa.
Menurut Abdul Rauf, ketika polis sampai, mereka dimaklumkan Krishnan melompat dari balkoni ketika kedua-dua beranak itu tidur. Namun pihak polis ragu-ragu dengan kenyataan tersebut apabila menyedari keadaan di dalam rumah tersebut tidak terurus. Pakaian dan cadar berselerak.
Ditanya mengenai nadi tangan yang dihiris, kedua-dua beranak itu mendakwa, kemungkinannya Krishnan cuba membunuh diri dengan cara itu terlebih dahulu sebelum terjun.
Polis tidak menerima dakwaan mereka kerana banyak keraguan dalam keterangan. Akhirnya setelah disoal siasat bertubi-tubi, mereka mengaku jenayah yang dilakukan.
Jaisheela memberitahui polis, dia sudah berkali-kali meminta wang daripada Krishnan untuk membiayai pelajaran anak mereka di Kanada. Namun suaminya enggan.
Seorang jiran memberitahu, Krishnan seorang yang baik dan sangat penjimat orangnya. Dia tidak membelanjakan wang sesuka hati.
Kerana itu juga mungkin dia tidak bersedia membelanjakan wang untuk pengajian anaknya. Namun tidak diduga sikapnya ini membawa maut di tangan isteri dan anak sendiri. - KitaReporters
KUARTERS kakitangan Development Bank of India, di Andheri, Mumbai di mana Krishnan ditolak dari tingkat tujuh balkoni unit kediamannya oleh isteri dan anaknya sendiri. - Kredit foto: mid-day