Berita Terkini| Katil rawat pesakit Covid-19 di Perlis masih terkawal! Kapasiti masih cukup!
Published byGambar hiasan... Kapasiti penggunaan katil bagi rawat pesakit Covid-19 di Perlis masih mencukupi dan terkawal. - Kredit foto: Bernama
MESKIPUN kapasiti penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 di Perlis masih
mencukupi setakat ini namun Kerajaan Negeri sentiasa siap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan sekiranya kes alami peningkatan mendadak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Teh Chai Aan berkata, penularan wabak Covid-19 di negeri tersebut dilihat masih terkawal dengan merekodkan 396 kes setakat 5 Mei 2021.
"Setakat ini, penggunaan katil bagi merawat pesakit Covid-19 di Perlis masih tidak kritikal serta tetap mencukupi.
“Hasil pemantauan di dua hingga tiga pusat rawatan pesakit Covid-19 termasuk di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar juga mendapati masih lagi banyak katil kosong.
“Bagaimanpun, kita tidak boleh alpa sebaliknya sentiasa siap sedia dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya kepada media di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis, Kangar, Perlis pada 6 Mei 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter