Berita Terkini| Amaran hujan lebat, angin kencang, ribut petir di Kedah! Dijangka sehingga Mei
Published byGambar hiasan... Kedah kini mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir
NEGERI Kedah dijangka mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir sehingga Mei 2021 ekoran monsun peralihan yang berlaku sejak bulan Mac 2021 lalu.
Pengarah
Jabatan Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata hujan lebat
dijangka berlaku setiap petang dan akan berlanjutan sehingga ke malam selain
perubahan cuaca kini juga menyebabkan keadaan angin sentiasa berubah-ubah.
“Kita tidak
menolak kemungkinan juga boleh berlaku fenomena belalai air di laut dan belalai
darat di kawasan lapang di daratan.
“Dalam
tempoh seminggu ini, turut dijangkakan akan berlaku pergerakan angin dari arah
Laut Andaman iaitu dari Barat Laut yang akan membentuk garis badai di Selat Melaka.
Keadaan ini akan menyebabkan cuaca di
negeri ini lembab serta berlaku juga hujan di sebelah pagi.
“Orang
ramai termasuk nelayan di laut diingatkan agar peka dengan perkembangan cuaca
serta berhati-hati ketika berdepan cuaca hujan lebat, angin kencang dan ribut
petir ketika ini,” katanya dipetik dari Harian Metro, pada 14 April 2021.
Ujar beliau lagi, pihaknya juga menasihatkan masyarakat supaya waspada dan hadkan pergerakan aktiviti sekiranya perubahan cuaca berlaku. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters