Kahwin 4X, cerai 3X! Dapat cuti kahwin 32 hari! Cara tak beretika tapi tak langgar undang-undang
Published bySanggup... Seorang lelaki memperdayakan majikannya untuk mendapatkan cuti berkahwin selama tiga puluh dua hari dalam tempoh tiga puluh tujuh hari dengan melakukan perbuatan 'kahwin-cerai'. - Gambar hiasan
MANUSIA sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya sama ada secara sah atau sebaliknya.
Beri pelbagai alasan yang pelik-pelik! Usahakan dapat cuti panjang sehingga 32 hari meskipun tidak pernah dibuat
mana-mana individu terhadap majikannya.
Inilah yang dikatakan “matlamat menghalalkan cara” atau dengan kata lain mengutamakan diri sendiri dengan cara melanggar prinsip-prinsip dan teori-teori yang mereka sendiri laung dan serukan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Di Taipei, Taiwan seorang kerani di sebuah bank sanggup berkahwin sebanyak empat kali dan bercerai tiga kali dengan isterinya sendiri demi mendapatkan cuti perkahwinan daripada majikannya.
Menurut laporan berita News18.com, seorang lelaki di mana identitinya tidak didedahkan telah berkahwin sebanyak empat kali untuk layak mendapatkan cuti bergaji penuh.
Modus operandinya, bermula apabila dia berkahwin buat
pertama kali dengan isteri pilihannya pada 6
April 2020 dan kemudiannya menceraikan isterinya pada hari terakhir
cutinya.
Seterusnya, lelaki itu berkahwin semula dengan wanita yang
sama (bekas isteri) dan terus mengulangi perbuatan itu (penceraian) apabila cuti ‘kahwin’ berada di penghujung
hari.
Dia melakukan aktiviti ‘kahwin cerai’ tersebut dalam tempoh 37 hari dan layak mendapat cuti selama 32 hari atas sebab berkahwin.
Setiap pekerja di Taiwan berhak mendapat cuti bergaji penuh selama lapan hari apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. - Gambar hiasan.
Menurut undang-undang
buruh Taiwan, seorang pekerja layak menerima cuti bergaji selama lapan
hari apabila mereka berkahwin.
Namun begitu, majikannya mula berasa curiga dan musykil
perihal pekerjanya yang selalu memohon cuti
‘kahwin’ sehingga akhirnya bertindak tidak meluluskan cuti pekerja
tersebut.
Tindakan majikan lelaki itu telah memaksa dia membuat aduan kepada Biro Buruh Bandar
Taipei dan mendakwa bank tempat dia bekerja telah melanggar undang-undang
tidak mematuhi Artikel 2
Peraturan-Peraturan Cuti Buruh.
Pihak biro buruh telah menjalankan siasatan terhadap kes itu
dan mendapati bahawa pihak bank (majikan pengantin baharu) telah melanggar peraturan
Artikel 2 berkaitan kelayakan cuti
berkahwin bagi setiap pekerja di Taiwan.
Ekoran itu, pada
bulan Oktober 2020, majikan tersebut
(bank) diperintah untuk membayar denda sebanyak NT$20,000 (RM2,903) kerana
melanggar peruntukan Undang-Undang Buruh Taiwan.
Bank tersebut kemudiannya membuat rayuan dengan hujah
penyalahgunaan cuti perkahwinan bukanlah merupakan cuti yang sah di bawah
Peraturan Cuti Buruh.
Rayuan berkenaan gagal dipertimbangkan susulan pihak biro kekal
dengan keputusannya bersandarkan undang-undang yang sedia ada.
Pada 10 April 2021, setelah setahun kes berlalu, Biro Buruh Beishi mengakui bahawa perbuatan kerani itu dianggap tidak beretika sebaliknya, biro itu juga berkata pengadu tidak melanggar mana-mana undang-undang yang diperuntukkan sama ada pihak bank atau syarikat. – KitaReporters.
Sumber:
https://www.news18.com/news/buzz/taiwan-man-marries-same-woman-four-times-divorces-thrice-in-37-days-for-extra-paid-leaves-3642176.html