Silap orang! Lelaki nyaris diperkosa kerana berambut panjang
Published byTAK tahu nak sedih atau ketawa saat membaca kisah seorang lelaki berusia 24 tahun nyaris menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki berusia 48 tahun. Kejadian yang berlaku di daerah Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia ini menarik perhatian masyarakat setempat. Kalau nafsu dah menguasai akal, semuanya diredah sahaja. : KitaReporters
Gambar hiasan. - Kredit foto-foto: Google Image
Lagi laporan-laporan berkaitan kes rogol:
https://kitareporters.com/search?search=rogol
Lapor portal Detik.com, lelaki berkenaan, Mursalim telah disalah sangka sebagai perempuan oleh Syamsu Alam kerana berambut panjang apatah lagi ketika itu waktu dinihari di mana cahaya masih gelap. Kejadian itu berlaku pada Isnin, 7 Disember 2020 di Dusun Bungalosie, Kampung Pananrang, daerah Mattiro Bulu, Pinrang.
Ketika kejadian, Mursalim yang merupakan seorang mak nyah, baru sahaja pulang dari tempat kerjanya di butik pengantin. Sementara itu, pelaku yang baru saja kembali dari menjaga pos keselamatan bergerak (mobile), tiba-tiba bernafsu melihat kelibat Mursalim yang disangkakan perempuan dan terus mengekorinya.
Sampai di satu tempat, tiba-tiba mangsa dihalang dan pelaku mula mahu merogolnya. Ketika itulah mangsa mula melawan dan mempertahankan dirinya.
Kemudian pelaku mula bertindak semakin kasar dengan
mencekik leher Mursalim dan mengigit lengannya. Oleh kerana mangsa dilihat kuat
melawan, akhirnya pelaku melarikan diri.
Mursalim akhirnya membuat laporan polis. Pelaku
berjaya ditangkap polis dan kemudiannya menceritakan bahawa dia sangkakan
Mursalim itu perempuan sejati.
Oleh kerana kedua-duanya lelaki, pelaku tidak didakwa atas cubaan memperkosa sebaliknya didakwa di bawah penganiayaan Pasal 351 Ayat 1 undang-undang Indonesia.
Setelah disoal siasat, ternyata pelaku tinggal berjiran dan jarak tempat tinggal mereka hanya 400 meter. Malah, mereka saling mengenali.
Menurut polis, pelaku mungkin keliru kerana kejadian berlaku pada waktu Subuh iaitu jam 4.00 pagi. - KitaReporters
Gambar hiasan. - Kredit foto-foto: Google Image