Video| Berlibas di pasiran! Pelapis B-21 pertaruhan Malaysia! Kejohanan Takraw Pantai Asia di Qingdao!
Published by
AKSI Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia 2019 di Qingdao, China antara China (jersi merah) dan Malaysia yang diwakili UPM. - Kredit foto: CD
SUDAH lama kejohanan sepak takraw pantai yang berskala besar tidak dilangsungkan di Malaysia dengan yang kali akhir di Terengganu sekitar hampir dua dekad lalu.
Pada hal masih
ramai penggiatnya daripada kalangan pemain sepak takraw biasa yang boleh
berubah suai ke gelanggang berpasir tanpa bulatan apit kiri dan kanan serta
tekong ini.
Ukuran
gelanggangnya sama seperti di hamparan karpet taraplex sepak takraw biasa iaitu
sepanjang 13.4 meter dan selebar 6.1 meter atau 81.74 meter persegi.
Malah skuad
negara pernah meraih pingat gangsa sepak takraw pantai dalam Sukan Pantai Asia (ABG)
2008 (antara regu) di Bali, Indonesia dan 2016 di Da Nang, Vietnam (regu
berpasukan).
Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mewakili negara, juga pulang daripada Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia di Qingdao, China pada 2019 dengan sebutir gangsa antara regu.
Kehadiran
Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf 2024 juga di bandar berkenaan di wilayah
Shandong, China kembali menggamit Malaysia yang pada edisi kedua ini, mengirim enam
pemain kategori lelaki.
Kejohanan ini
dijadualkan dari 19 hingga 23 September 2024 yang menampilkan dua acara iaitu regu
dan trio dengan turut disertai India, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Iraq,
Iran dan tuan rumah.
Kejohanan yang ditauliahkan dan diiktiraf oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) ini dianjurkan oleh Pusat Aneka Sukan Bola Pentabiran Am Sukan China dan Syarikat Jiangsu Yiming Sports Culture Communication serta dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw China (CSA).
PRESIDEN Astaf, Datuk Abdul Halim Kader diwawancara oleh media China ketika meninjau persediaan penganjur Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia Astaf 2024 di Qingdao. - Kredit foto: Astaf
Malaysia
diwakili skuad pelapis dan dikendalikan oleh bekas apit kiri pemenang pingat perak Sukan
Asia Guangzhou 2010, Mohd. Hafizie Manap yang dibarisi oleh Akif Ismat Zairi,
Hariz Hipni, Wazir Madi, Shahrain Zameer Shamsuddin, Aqil Fawwaz dan Firdaus Zahari.
Skuad bawah
21 tahun (B-21) atau Malaysia B ini dibentuk dengan kerjasama Majlis Sukan Negara
(MSN) sejak April 2024 lalu yang ketua jurulatihnya ialah Futra Ghani, perejam
regu emas Sukan SEA Filipina 2005.
Agak berbeza
ialah acara regu sepak takraw pantai membabitkan empat pemain namun tetap
dengan tiga timangan bola manakala trio hanya untuk tiga orang.
Para pemainnya juga seolah-olah bermain acara kuadran (berempat) dan beregu dalam sepak takraw biasa.
PEMAIN Malaysia, Suhairi Sulaiman melakukan servis dari luar gelanggang ke kawasan pasukan China pada Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia 2019 di Qingdao. - Kredit foto: CD
Sesiapa
sahaja boleh menjadi tekong yang membuat sepak mula (servis) dari luar
gelanggang dan siri pertandingan terdahulu antarabangsa menyaksikan para pemain
beraksi sama ada berstoking atau memakai pengalas tertentu (ankle guard).
Tiga pemain
selebihnya akan bertindak sebagai penutup ruang di depan jaring bagi membantu
si tekong membuat servis yang mengelirukan pandangan atau sukar dikesan
sasarannya oleh lawan.
Seperti sepak
takraw biasa, Thailand turut sentiasa menjadi kuasa utama dengan membolot
keempat-empat acara dalam kategori lelaki dan wanita pada edisi pertama
kejohanan di Qingdao.
Begitu juga dalam setiap ABG anjuran Majlis Olimpik Asia (OCA) di Bali 2008, Muscat (Oman) 2010, Haiyang (China) 2012, Phuket (Thailand) 2014 dan Da Nang. - KitaReporters
ABDUL Halim Kader menyampaikan hadiah tempat ketiga Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia 2019 kepada pasukan Malaysia yang diwakili UPM di Qingdao. - Kredit foto: UPM