Seiring dengan perkembangan teknologi yang serba canggih, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah entiti yang menghargai pendidikan dan seni melalui pelancaran aplikasi mudah alih terbaharu, MAG In Your Pocket.

Aplikasi inovatif ini membolehkan pengguna dan pelawat menikmati pameran seni dan pelbagai koleksi berharga yang dipamerkan secara maya, pada hujung jari mereka. 

Inisiatif ini bertujuan untuk memperluas capaian mereka kepada orang ramai, sekali gus menawarkan pengalaman interaktif yang mesra pengguna serta akses yang lebih luas kepada warisan budaya negara.

Dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada satu majlis baru-baru ini, aplikasi MAG In Your Pocket menyasarkan untuk mempertingkat pengalaman pengunjung semasa melawat muzium dengan menawarkan gabungan pembelajaran yang interaktif dengan capaian yang mudah iaitu dari peranti mudah alih mereka.


Melalui aplikasi ini, ia mampu memberi pengalaman menarik buat pelawat yang berkunjung ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.


Pengarah BNM MAG, Noreen Zulkepli berkata, aplikasi ini bukan sekadar alat digital bahkan ia mencerminkan usaha mereka mengorak langkah besar dalam menjadikan pendidikan lebih mudah diakses dan menarik. 

Aplikasi ini memberikan pengalaman muzium yang lebih dekat di hati semua pengunjung, di mana sahaja mereka berada, menjadikannya lebih inklusif dan menghasilkan impak yang lebih besar berbanding sebelum ini,” ujar beliau.

Tersedia dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, MAG In Your Pocket merupakan kaedah baharu pembelajaran secara mudah alih yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kandungan pembelajaran yang menyeronokkan serta memuat turun bahan pembelajaran mengikut masa lapang sendiri.


Alami keajaiban Realiti Terimbuh (AR) ketika lawatan anda ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.

Sama ada di rumah atau di muzium, para pengunjung kini boleh melakukan lawatan kendiri serta memperkaya lawatan mereka melalui ciri-ciri interaktif aplikasi ini. 

Beberapa ciri interaktif aplikasi ini termasuk Realiti Terimbuh (Augmented Reality atau AR) yang menghidupkan pameran dan artifak, permainan dalam aplikasi yang menambah elemen keseronokan serta lawatan audio berpandu yang memberikan pemahaman yang lebih mendalam, sesuai untuk segenap lapisan pengunjung sama ada yang celik teknologi mahupun yang penuh rasa ingin tahu.

Di samping itu, golongan pendidik juga boleh mempertingkat sesi pengajaran mereka dengan membuat permintaan untuk sesi bilik darjah secara langsung yang akan disesuaikan mengikut keperluan.

Dengan tumpuan terhadap ciri-ciri penggunaan yang mudah untuk digunakan, aplikasi mudah alih MAG In Your Pocket akan memastikan pengunjung benar-benar menikmati pengalaman muzium yang lancar.


Para pengunjung boleh mencuba elemen lawatan audio berpandu serta AR yang menghidupkan pameran dan artifak.


Pengunjung dapat memperoleh maklumat yang sentiasa dikemas kini dengan pemberitahuan masa nyata, mendaftar dan mengikuti program dengan mudah, serta meneroka BNM MAG dengan mudah dan lancar menggunakan penunjuk laluan.

Aplikasi ini direka bentuk untuk menjadikan setiap lawatan lebih menyeronokkan dan menarik. 

Muat turun MAG In Your Pocket secara percuma melalui App Store dan Google Play Store dan mulakan penerokaan BNM MAG secara maya di hujung jari anda.  - KitaReporters


MAG In Your Pocket boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.


Info Keperluan Peranti: 

▪ Aplikasi 'MAG in Your Pocket' serasi dengan peranti yang menggunakan sekurang-kurangnya sistem operasi minimum iOS 13 dan Android 7. Aplikasi ini tidak boleh digunakan dalam peranti Huawei tanpa aplikasi Google Play.

▪ Sebanyak 500MB ruangan storan peranti diperlukan.

▪ Ciri realiti terimbuh (augmented reality, AR) tersedia bagi iPhone, tablet dan peranti Android yang disokong. Maklumat lanjut tentang peranti Android yang disokong boleh didapati melalui: https://developers.google.com/ar/devices

▪ Sambungan Internet diperlukan untuk memasang dan menggunakan aplikasi ini.

Waktu Operasi:

Masuk Percuma. 

Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang, tutup pada setiap hari Isnin.


Majlis Pelancaran Aplikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, MAG In Your Pocket disempurnakan oleh Aaron Ago Dagang  (tiga dari kanan) baru-baru ini. - Kredit Foto MAG BNM

11
9
0
12
0

Copy Link: