Video| PRU15: Warga Kubang Kerian teruja Abe Kilau@Mat Kilau turun berkempen! Johan As’ari pun ada!
Published by"Bukan abang tak payung", barangkali itulah kata-kata di benak hati Adi Putra (kanan) kepada calon BN Parlimen Kubang Kerian, Nurul Amal Mohd Fauzi (tengah) sambil disaksikan Johan As'ari ketika berkunjung ke salah satu kawasan Parlimen tersebut. - Kredit foto: FB Nurul Amal Mohd Fauzi.
WARGA Kubang Kerian gempar dan terkejut apabila melihat susuk tubuh pelakon utama filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra hadir bersiar-siar serta melawat kawasan sekitar Pasar Tani Uptown Pasir Tumboh, di Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat 11 November 2022 lalu.
Beliau tidaklah keseorangan malah turut ditemani seorang rakan artis popular iaitu Johan As’ari.
Kedatangan mereka berdua telah mencuri tumpuan orang ramai yang berada di lokasi tersebut dan sekali gus mengundang pelbagai persoalan di minda rakyat Kelantan khususnya dengan penampilan beliau memakai baju warna biru tertera logo dacing iaitu Barisan Nasional (BN).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Adi Putra
Adi Putra (dua dari kiri) kelihatan tersenyum melihat gelagat Nurul Amal mencuba rasa makanan yang dijual di Pasar Tani Uptown Pasir Tumboh, Kubang Kerian. - Kredit foto: FB Nurul Amal Mohd Fauzi.
Adakah Datuk Adi menjadi calon BN di Parlimen Kubang Kerian? Mengapa pula kedua-dua pelakon hebat ini (Datuk Adi dan Johan) berada di Kubang Kerian?
Sebenarnya,
kemunculan Adi dan Johan di negeri Serambi Mekah itu adalah sebagai rakan selebriti memberi sokongan
dan kerjasama untuk memeriahkan lagi kempen BN terhadap calon wanita, Datuk
Nurul Amal Mohd Fauzi bagi parlimen Kubang Kerian.
Mungkin hari ini, Abe Kilau (abang loghat Kelantan) mencari pengalaman turun padang berkempen dan tidak mustahil satu hari nanti dia (Adi) pula akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Desas-desus
kehadiran pelakon watak ‘hero’ ini ternyata benar apabila perkongsian Instagram
beliau (adpadiputra and johanarrif_)
dengan memuat naik video ketika berkempen bersama Nurul Amal kini tersebar dalam media sosial.
Kebetulan pula akaun Facebook Nurul Amal Mohd Fauzi turut juga memuat naik foto-foto kedua-dua artis berkenaan.
Nurul Amal (kanan) dan Adi Putra beramah mesra dengan salah seorang pengunjung di satu kawasan yang menjadi tumpuan ramai di Kubang Kerian. - Kredit foto: FB Nurul Amal Mohd Fauzi.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan empat selebriti
bertanding iaitu pelakon kacak dan hebat Datuk
Seri Eizlan Yusof menjadi calon Parlimen Sabak Bernam atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ahmad Idham mewakili Pejuang (Parlimen Port Dickson), Azlan Sani Zawawi atau Lando juga dari Parti Pejuang (Tanjong Karang) dan Presiden
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Lenggong, Perak.
Sementara itu, Datuk Nurul Amal atau lebih mesra disapa ‘Kak Long’ yang baru berusia 37 tahun merupakan calon muda di Parlimen Kubang Kerian.
Beliau akan bertanding
atas tiket BN dan bakal berdepan dengan ahli politik veteran dan berpengalaman iaitu
calon PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan
Man, Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
(PH) dan calon Pejuang Mohamad Rizal
Razali.
Walaupun anak kelahiran Kota Bharu ini dianggap masih mentah oleh sesetengah ahli politik
veteran tanah air tetapi pengalaman selama 18 tahun berkecimpung dalam politik
UMNO sudah memadai untuk dia menyahut sebarang cabaran 'sepak terajang' dalam dunia
politik negara hari ini.
Nurul Amal berlulusan sarjana muda perakaunan (akauntan) dan kini memegang jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian. - KitaReporters
Seorang peminat tegar pelakon terkenal Adi Putra dan Johan As'ari mengambil gambar swafoto untuk diabadikan sebagai kenangan sambil pula disaksikan oleh Nurul Amal di Kubang Kerian, Kelantan. - Kredit foto: FB Nurul Amal Mohd Fauzi.
Sumber:
Facebook
Datuk Nurul Amal (Nurul Amal Mohd Fauzi)
https://www.puterimalaysia.com/naib-ketua
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/436355/nurul-amal-tanding-naib-ketua-puteri-umno