Demi sokong Faisal Halim! Selangor FC didenda RM100k, dipotong 3 mata! Gara-gara ponteng lawan JDT FC!
Published bySELANGOR FC meraikan kejayaan mengutip tiga mata Liga Super dengan menewaskan Perak 2-1 di Kelana Jaya pada 23 Jun 2024. - Kredit foto: SFC
SUDAHLAH didenda RM100,000, Selangor FC dikenakan pula pemotongan tiga mata Liga Super 2024-2025 secara serta-merta oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Hukuman terhadap
kelab kendalian Nizam Jamil ini dijatuhkan ekoran ketidakhadiran mereka pada Perlawanan
Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah 2024 menentang juara bertahan, Johor Darul
Ta’zim (JDT) FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 10 Mei
2024.
JDT FC telah diisytiharkan menang 3-0 dan diberikan tiga mata perlawanan pertama liga itu sekali gus merangkul piala berkenaan buat kali ketujuh berturut-turut.
Gergasi Merah berbuat demikian sebagai tanda ukhuwah dan sokongan moralnya kepada sayap kirinya, Faisal Halim akibat serangan simbahan asid oleh suspek yang tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 5 Mei 2024.
Faisal Halim
JDT FC atau digelar Sang Harimau Selatan masih menerajui Liga Super sejak kemenangan 3-0 tanpa menumpahkan setitis keringat di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024. - Kredit foto: JST
Malah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, perlawanan pusingan kedua Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya akan dilangsungkan tanpa penonton apabila Selangor FC menjadi tuan rumah menentang JDT FC pada tarikh yang akan ditetapkan.
“MFL akan menyumbangkan wang denda ini kepada badan kebajikan yang akan diputuskan.
“Bayaran
pampasan kerugian yang ditanggung oleh tuan rumah, JDT FC dan MFL akan dikemukakan
kelab itu dan sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk
semakan dan perbincangan,” lapor MFL menerusi laman sosialnya pada 25 Jun 2024.
Operasi perlawanan Selangor FC-JDT FC di Stadium MBPJ itu menurut MFL lagi, akan dilaksanakan dengan kerjasama MFL dan tuan rumah dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan.
PERANTARA Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi (10) saling bersaing dengan pemain Perak FC di Stadium MBPJ pada 23 Jun 2024. Selangor FC menang 2-1 walaupun kehilangan seorang pemain akibat kad merah. - Kredit foto: SFC
Selangor FC kini mengekori JDT FC, pendahulu Liga Super yang memungut 12 mata dengan kekurangan tiga mata setelah mencatat tiga kemenangan dan kalah sekali.
Tim Nizam bakal terjunam ke anak tangga keempat ke belakang Terengganu FC dan Sabah FC gara-gara pemotongan mata itu. - KitaReporters
KEDUDUKAN mata Liga Super 2024-2025 dengan Selangor FC bakal turun ke anak tangga keempat menjelang perlawanan kelimanya pada 14 Julai 2024. - Kredit foto: MFL