All Stars Gegar Vaganza (ASGV) semakin memperlihat tarikan tersendiri bagi memastikan penonton tidak ketinggalan menyaksikan episod setiap minggu.

Setelah membuat persembahan menghiburkan dalam minggu ke-4 dengan setiap peserta perlu berduet dengan penyanyi jemputan, ASGV terus memperlihat kehebatannya pada minggu ke-5.  

Ada ketikanya peserta berada dalam senarai kedudukan teratas dan ada ketikanya berada dalam senarai beberapa kedudukan terendah. 

Memasuki minggu ke-5, mungkin sudah dapat diramal beberapa peserta yang bakal memasuki peringkat akhir.


 

Liza Hanim membuktikan bakal menjuarai ASGV

Ada peserta ‘hot seats’ dijangka mampu menduduki tiga tangga teratas ASGV. 

Liza Hanim yang merupakan naib juara GV4 memperlihat kemampuan untuk menjuarai ASGV atau Gegar Vaganza (GV) edisi ke-10 (GV10) ini dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Setelah dalam empat minggu sebelumnya Liza hanya mampu menduduki tangga ke-3 dan ke-2, tapi pada minggu ke-5 dia mampu menjadi juara.



Naqiu juga kembali memperlihat dia adalah antara peserta yang mampu memberi saingan pada peringkat akhir ASGV nanti.

Jaclyn Victor kembali memperlihatkan kemampuan vokalnya hingga mampu menduduki tempat ke-3 setelah terperosok ditangga ke-10 pada minggu ke-4.

Siti Nordiana yang sudah berada dalam senarai untuk disingkir ternyata mempunyai keazaman untuk memperbaiki persembahannya. Sebagai peserta terakhir, dia mampu memberi persembahan bertenaga dalam lagu ‘Najat Tampi’ yang dipopularkan Noraniza Idris.


Siti Nordiana berjaya mempertingkat persembahan melalui lagu 'Ngajat Tampi'

Noryn Aziz pula menerima tamparan hebat. Jika pada minggu ke-4 dia menjuarainya tetapi pada minggu ke-5, Noryn terperosok di tangga ke-11 iaitu peserta ketiga  mempunyai markah paling rendah kerana gagal mengubai suai lagu klasik Indonesia ‘Asmara’.

Melihat pada persembahan minggu ke-5, selain beberapa peserta yang menduduki empat tangga terakhir yang akan gagal memasuki peringkat akhir, akan ada beberapa peserta favorit juga akan mendapat keputusan mengejut.

Zamani Slam yang sudah dua kali berada di kedudukan dua terbawah kini dalam radar juri untuk disingkir. Zamani dilihat terbawah.


Setelah dua minggu menduduki tangga kedua terbawah, kedudukan Zamani tidak selamat 

Ayai Ilusi akur dengan perjuangannya berakhir pada minggu ke-5. Ketiga-tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat melihat Ayai gagal membawa lagu ‘Pusara Di Lebuhraya’ yang dipopular kumpulan Ekamatra dengan baik.

Setelah berjaya membuat keputusan mengejut dengan menduduki tempat ke-3 pada minggu ke-4, Ayai gagal mengekalkan prestasinya.  


Ayai akur pandangan juri namun berpuas hati berjaya sampai ke minggu kelima

Ketua juri, Ramli MS pernah berkata penyanyi berusia 62 tahun ini bakal tersingkir di tengah-tengah pertandingan berlangsung.

Ramli MS menyifatkan persembahan Ayai begitu teruk berbanding dengan persembahan pada minggu ke-4. Dan dia tidak mahu menerima alasan Ayai bahawa dia terganggu dengan ear monitor setelah puluhan tahun menyanyi.

Ketika diwawancara dalam program Vazz Vaganza, Ayai menyatakan dia yang menggunakan ‘enjin lama’ sukar untuk bersaing dengan penyanyi masa kini. Namun Ayai tetap puas mampu bertahan hingga  minggu kelima. - KitaReporters


Keputusan lengkap ASGV minggu ke-5:

01. Liza Hanim (70.5 mata)

02. Naqiu (69.75)

03. Jaclyn Victor (69)

04. Nikki Palikat (67.25)

05. Aliff Aziz (66.75)

06. Siti Nordiana (66.25)

07. Tomok (65.5)

08. Ezad Lazim (64)

09. Hady Mirza (62.75)

10. Azharina Azhar (62.5)

11. Noryn Aziz (60.75)

12. Zamani Slam (53.75)

13. Ayai Ilusi (53) - (tersingkir)


12
9
0
16
0

Copy Link: