Jannah Nick mahu waktu shooting dihadkan kepada 12 jam! Baru semua akan dapat kehidupan lebih sihat!

Published by
KitaReporters


BARU-BARU ini pernah tercetus kontroversi mengenai waktu bekerja artis di mana ada produksi yang kerah tenaga pelakon sehingga berjam-jam lamanya. 

Perkara tersebut telah mendapat pelbagai respons daripada artis serta pasukan produksi itu sendiri. 

Terbaharu, Janna Nick memuatkan naik status dalam Instagram yang dirinya begitu gembira dengan waktu dia bekerja ketika ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Janna Nick


Baginya, waktu kerja 12 hingga 14 jam ada waktu terbaik bagi mereka dalam melakukan pekerjaan bukan paksa sehingga 20 jam. 

Tambah Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, beliau sangat gembira bekerja untuk drama Bukan Puteri Lindungan Bulan kerana telah memudahkan kerjanya termasuk kesemua krew dan artis yang terlibat. 

Disebabkan waktu kerja yang teratur dan mempunyai lebihan masa membolehkan pelakon dan pengacara ini ada masa untuk melakukan senam di gim, memasak dan dapat tidur yang berkualiti. 



Bukan setakat itu sahaja, sebagai balasan, beliau telah hadiah makanan daripada masakan beliau sendiri kepada krew kerana sentiasa wrap (tamat penggambaran) awal. 

Oleh itu, Janna dengan tegas ingin pihak produksi agar menetapkan waktu penggambaran harus waktu yang sepatutnya bukan dera sehingga hampir satu hari bekerja. - KitaReporters


Kredit Foto : IG Janna Nick 

14
16
0
12
0

Copy Link: