EPL 2022-23: Arsenal terus duduki puncak liga! Kejuaraan semakin dekat! Bolehkah kekal atau dipintas?

Published by
KitaReporters


Jaringan lewat Eddie Nketiah memastikan Arsenal terus selesa mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester United 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates pada 23 Januari 2022.

Selepas 19 perlawanan, Arsenal kini mengumpul 50 mata, 5 mata di hadapan Manchester City dan peluang untuk mereka menjuarai liga semakin cerah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga EPL


Dalam perlawanan tersebut, Manchester United terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Marcus Rashford pada minit ke-17 selepas melepaskan rembatan cantik dari luar kotak. 

Tidak sampai 10 minit selepas jaringan tersebut, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Nketiah pada minit ke-24 apabila dirinya berjaya menanduk masuk hantaran rakan sepasukan. 

Perlawanan terus rancak dengan aksi berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan. 

Bermula babak kedua, skuad bimbingan Mikel Arteta terus garang dengan mendominasi permainan. 

Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka menceriakan penyokong tuan rumah apabila gerakan cantik dan rembatan dari jauh berjaya meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-53.

The Red Devil kembali perkemas rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 apabila pemain pertahanan, Lisandro Martinez menanduk masuk berpunca dari sepakan penjuru. 

Pemain Arsenal berjaya mencipta banyak peluang namun masih belum menemui jaringan sehinggalah pada minit ke-90, Nketiah menjaringkan gol kemenangan sekali gus membalas dendam kekalahan sebelum ini. 

Manchester United kini berada kedudukan keempat liga dengan 39 mata selepas 20 perlawanan. - KitaReporters


13
15
0
21
0

Copy Link: