Video| Zulkarnain nama anak kedua Neelofa? Ramai mula berteka-teki! Sepatutnya nama itu untuk Bilal?
Published bySegalanya mengenai diri selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan orang sekelilingnya sentiasa mendapat perhatian ramai.
Seperti biasa, ramai tidak sabar ingin menyaksikan wajah anak kedua Neelofa dan PU Riz. Namun seperti biasa kedua-dua selebriti ini, Neelofa dan PU Riz tidak akan terus memaparkan wajah anak kerana takut terkena penyakit ‘ain’.
Seperti anak pertama Muhammad Bilal, wajahnya hanya dipamer dalam sosial media setelah lebih 8 bulan.
Bilal lahir pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang dan wajahnya hanya dipamer pada dalam Instagram pada 12 Oktober 2022 iaitu selepas kira-kira 8 bulan kelahiran.
Mengenai nama, pasangan selebriti ini berjanji akan mendedahkannya pada hari ketujuh kelahiran atau Isnin, 17 Julai 2023. Ramai yang tidak sabar menanti nama anak lelaki kedua Neelofa da PU Riz.
Menurut Neelofa, nama Zulkarnain mungkin diberi kepada anak lelaki keduanya.
Zulkarnain merupakan satu tokoh yang disebutkan dalam al-Qur'an yang dikatakan sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok penahan Yakjuj dan Makjuj.
Adakah Neelofa akan tetap menunaikan hasratnya untuk meletakkan nama Zulkarnain untuk anak lelaki keduanya.
Pasangan Neelofa dan Haris dijangka akan dapat mempunyai lebih ramai anak lagi.
Sehubungan itu, kini ramai tertanya-tanya adakah betul PU Riz akan melanjut pelajaran ke Mesir atau Arab Saudi dan Neelofa akan turut serta bagi mengambil kursus bagi mendalami Bahasa Arab.