SKUAD bimbingan Hector Bidoglio tidak mempunyai masalah besar untuk mencatat kemenangan mudah 6-1 ke atas 

Penang Football Club (FC) dalam saingan separuh akhir Piala FA 2022 yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada malam tadi (5 Ogos 20220.

Harimau Kumbang datang dengan semangat untuk memburu tiket ke perlawanan akhir dan berharap keajaiban mampu berulang seperti mana menentang Sri Pahang pada suku akhir sebelum ini namun ternyata anak buah Dato Zainal Abidin Hassan bukan lawan untuk Harimau Selatan.

Johor Darul Ta'zim (JDT) bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat tuan rumah apabila mereka dilihat begitu selesa mengawal permainan sementara Penang FC pula turun dengan beberapa perubahan yang  agak mengejutkan apabila penyerang Penang FC, Jafri Chew diletakkan sebagai pemain pertahanan.   


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala FA

Kredit foto-foto: Page FB JDT


Sepuluh permainan agak seimbang apabila Penang FC masih mampu menyerap tekanan barisan serangan JDT dan Penang FC hampir mengejutkan JDT namun kawalan daripada Lucas Silva agak kurang baik membuatkan mereka terlepas peluang terbaik.  

Selepas berhempas pula dengan pelbagai gerakan untuk melepasi pertahanan Penang FC , JDT akhirnya peroleh jaringan pertama dari penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva pada minit ke-19  selepas tidak melepaskan peluang terhidang di hadapan pintu gol Penang FC.   

Skuad bimbingan Bidoglio terus meningkatkan serangan dan mereka tidak perlu menungu lama untuk menambah jaringan kedua apabila kali ini Fernando Forestieri meletakkan JDT selesa mendahului 2-0 pada minit ke-24.   

Berpunca dari sepakan sedut, Leandro Velázquez hampir menjaringkan gol namun sepakan lencongan cantik beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Penang FC, Hafizul Hakim. 

Penang FC dilihat lebih banyak bertahan dan hanya akan melancarkan serangan balas sekali sekala.



Bermula separuh masa kedua, JDT seperti tidak puas dengan dua jaringan itu terus melancarkan serangan bertali arus dan mereka berjaya peroleh dua gol awal dalam masa lima minit pertama hasil  gerakan cantik dan penyudah yang baik, Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-48 dan 51.  

Selang tiga minit kemudian, Penang FC cuba hidupkan peluang yang tersisa apabila Lucas Silva berjaya mendapatkan gol pertama untuk Harimau Kumbang pada minit ke-54. 

Tetapi kegembiraan Penang FC hanyalah seketika apabila hasil serangan balas pantas daripada JDT dan gerakan cantik daripada Bergson melorong kepada Arif Aiman dan beliau tidak mempersia-siakan peluang itu untuk melengkapkan hatrik pada malam ini pada minit ke-61.  

JDT yang selesa mendahului permainan dilihat makin selesa mengawal bola dengan hantaran dan larian-larian yang hampir memerangkap barisan pertahanan lawan sementara Penang FC pula seperti lebih selesa bertahan dan menunggu asakan demi asakan daripada Harimau Selatan.


Kredit foto-foto: Page FB JDT


Pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid  hampir menambah jaringan buat JDT namun percubaan luar kotak  ditepis keluar oleh Hafizul. 

Memasuki masa tambahan, JDT tidak kendurkan serangan sebaliknya terus menyerang. Usaha mereka membuahkan hasil apabila dapat menambah jaringan keenam bermula dari gerakan cantik pemain JDT dan Muhammad Syahmi Safari menjadi pemain antara yang mencetak jaringan dalam perlawanan ini.   

Kemenangan ini membolehkan JDT langkah ke perlawanan akhir dengan penuh bergaya dan akan menanti pemenang antara Terengganu FC atau Selangor FC.  - KitaReporters


9
17
0
11
0

Copy Link: