Okay siap.... Gembira betul dapat tolong orang kampung baiki motor mereka.


BANJIR sangat melelahkan mangsanya. Kehilangan bukan setakat harta benda malah ada yang meragut nyawa penduduk dan kesannya mulai dirasai selepas banjir surut. 

Rumah rosak, perabot musnah dan akhir sekali kereta dan motor juga turut terjejas enjinnya sebab tak sempat dibawa ke tempat yang selamat.

Paling teruk terjejas adalah kenderaan kerana ia menjadi pengangkutan utama sebab ketika pascabanjir, mangsa banjir perlu banyak bergerak untuk mencari bekalan makanan atau membawa barang berpindah-randah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pusat latihan IKBN


Inilah barisan kita yang sedia berkhidmat.


Memahami keadaan itu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah menghantar 10 pelajar tahun akhir pengurusan automotif untuk membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir kilat di Kampung Iboi, Baling, Kedah untuk melakukan perkhidmatan membaiki dan menukar alat ganti motor

Pengarahnya, Norhazita Kamaludin ketika ditemui, berkata ini kali keempat pelajar IKBN Jitra mengambil bahagian dalam kerja kemasyarakatan bagi meringankan beban mangsa banjir yang mungkin perlu membayar sejumlah wang bagi membaiki kerosakan motosikal yang ditenggelami air banjir.

Sebelum ini pelajar itu memberi khidmat mereka di Johor Bahru, Bercham dan di Ipoh, sebelum 'turun' ke Kampung Iboi selama dua hari bermula 28 Julai 2022 lalu

Mereka secara sukarela menukar minyak hitam, tukar tiub, penapis minyak dan membaiki tayar pancit secara percuma. Mereka menyediakan khemah khas bagi tujuan itu dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung.


Norhazita dan Muhamad Razi



"Objektif utama IKBN adalah melatih pelajar bukan saja dengan kemahiran tangan tetapi juga gembira untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja kebajikan kerana tanpa ada prihatin, kita tidak akan dapat melahirkan anak-anak muda yang membantu masyarakat secara sukarela.

"Semua khidmat pelajar ini adalah percuma. Malah IKBN juga membekalkan semua peralatan membaiki dan minyak hitam disediakan. Yang penting, pelajar ini dilatih bergaul dengan masyarakat sebelum mereka melangkah keluar ke dunia pekerjaan." kata Norhazita.


Begini caranya.


Rauzoh Daruh


Norhazita puas hati dengan sambutan penduduk kampung dan kesungguhan pelajar-pelajar berkenaan yang sanggup untuk "berselut dan dan berlumpur' bagi memastikan setiap khidmat menepati sasaran. 

IKBN Jitra menetapkan matlamat 100 motorsikal dapat dibaiki selama dua hari itu.

Turut sama menemani pelajar ialah Ketua Jabatan Teknologi Automatif IKBN Jitra, Muhamad Razi Samsudin dan Timbalan Pengarah IKBN, Rauzoh Daruh. - KitaReporters


Senangnya dalam hati dapat membantu orang kampung.


15
19
0
11
0

Copy Link: