Berita Terkini| Penutupan sekolah di 7 daerah PKP di Kelantan dilanjutkan! Hingga 1 Mei 2021!
Published byGambar hiasan... Sekolah-sekolah di daerah dikenakan PKP di Kelantan mula ditutup 18 April 2021 lalu dan kini penutupannya dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021.
PENUTUPAN semua sekolah di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan dilanjutkan selama seminggu lagi sehingga 1 Mei 2021 depan.
Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi berkata cadangan pelanjutan penutupan sekolah itu
diputuskan selepas Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan
Negeri (JKKN) pada 21 April lalu.
“Jabatan Pendidikan Negeri telah memutuskan agar tempoh penutupan semua sekolah di daerah yang berada dalam daerah PKP dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021.
“Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah diteruskan dan murid yang berada di asrama pula perlu terus kekal di asrama masing- masing,” katanya dipetik oleh Kosmo, 24 April 2021.
Sebelum ini, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan PKP ditutup selama seminggu bermula pada 18 April sehingga 24 April 2021.
Tujuh
daerah terlibat PKP ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang,
Bachok dan Pasir Puteh, manakala sekolah di tiga daerah iaitu Jeli, Kuala Krai
dan Gua Musang masih beroperasi seperti biasa. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter