Pasangan kekasih kahwin di balai polis! Selepas nikah isteri terpaksa berpisah dengan suaminya!
Published by
PENGANTIN wanita (baju biru) yang baru tiba di Balai Polis Flotim untuk melangsungkan perkahwinan dengan MH. - Kredit foto: Tribunnews.com
CINTA itu buta dan tak mengenali tempat mahupun keadaan. Meskipun bakal suaminya dipercayai terbabit dengan kes kecurian dan kini suspek dalam tahanan polis tetapi ia tidak mematahkan semangat sepasang kekasih.
Sebaliknya demi cinta sejati, seorang wanita nekad untuk mengahwini suspek tersebut dengan melangsungkan upacara akad nikad di Balai Polis Flores Timur (Flotim), Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Selasa, 5 Oktober 2021 lalu.
Wanita itu yang dikenali NSZ itu mengaku ikhlas berkahwin dengan kekasihnya MH atas dasar suka sama suka bersesuaian dengan tarikh itu yang dicadangkan oleh mereka berdua.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan percintaan...
MH bersalam dengan jurunikah selepas selepas selesai akad nikah. - Kredit foto: Tribunnews.com
Memandangkan MH dalam tahanan polis maka mereka terpaksa bernikah di Balai Polis pada tarikh tersebut yang dihadiri ahli-ahli keluarga daripada kedua-dua pihak.
Dipetik daripada laporan Tribunnews.com pada 10 Oktober 2021 melaporkan,
pernikahan sepasang kekasih itu turut disaksikan oleh penghulu dari Pejabat Urusan
Agama Waiwerang; Pegawai Polis Daerah Flotim, Kompol Januarius Seran; dan kedua-dua ibu bapa mereka.
Januarius Seran berkata penikahan tahanan tersebut adalah pertama kali berlaku di Balai Polis itu.
Kredit foto: Tribunnews.com
“Majlis perkahwinan mereka atas pemintaan kedua-dua keluarga
terbabit untuk melangsungkan pernikahan di sini dan MH masih berstatus orang
tahanan tetapi dia mempunyai hak untuk berkahwin,’’ katanya.
Majlis pernikahan MH dan NSZ berlangsung secara sederhana kerana pihak polis mematuhi SOP akibat Covid-19 selain mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemerintah.
MH menadah doa selepas selesai akad nikah di Balai Polis Flotim dan disebelahnya NSZ (berbaju biru). - Kredit foto: Tribunnews.com
Sebaik sahaja majlis akad nikah selesai, pasangan suami
isteri itu masing-masing menangis ketika bersalam dengan kedua-dua orang tua
mereka.
Selepas itu, pihak polis membawa MH pulang semula ke bilik tahanannya dengan iringan tangisan NSZ yang terpaksa berpisah dengan suaminya kerana suspek dipercayai terlibat dengan kes kecurian.
Sementera itu, NSZ berkata, walaupun suaminya masih dalam tahanan polis atau dihina oleh masyarakat tetapi cinta, kasih dan sayangnya terhadap MH tidak pernah pudar di hatinya.
“Sebab itulah saya minta restu dari kedua ibu bapa untuk berkahwin pada 5 Oktober 2021 kerana tarikh tersebut adalah cadangan dari awal lagi bahawa kami sudah bersetuju sebelum dia (MH) disabitkan dengan kesalahan kes kecurian.’’ katanya. - KitaReporters
MH bersama NSZ di pekarangan Balai Polis Flotim. - Kredit foto: Tribunnews.com