Moga tahun 2021 beri seribu keberkatan! Serina Redzuawan mohon ditemukan jodoh suami beriman

Published by
KitaReporters

KITA hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT menentukan segalanya. Begitu juga soal jodoh, segalanya terletak pada ketentuan Ilahi. Perkara buruk yang berlaku sebelum ini, pasti mahu terus dilupakan. Sama ada baik atau buruk, itulah rencah kehidupan. Apa yang penting, kita buka buku baharu agar hidup lebih positif bagi tahun baharu 2021 ini. : KitaReporters


Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian hidup, Serina kelihatan cekal dan kuat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berhijab:

https://kitareporters.com/search?search=berhijab


Bercerita pasal buku baharu, pasti ramai yang menanam azam baharu setiap kali tahun baharu menjelma

Maka berbondong-bondonglah sekalian umat berkongsi azam baharu mereka dalam media sosial walaupun ada antaranya masih belum dapat merealisasikan azam yang lama.

Namun ia bukanlah kesalahan kerana azam baharu itu ibarat doa untuk memastikan kehidupan lebih baik daripada tahun sebelumnya. 

Rasanya semua orang mahu melihat peningkatan dalam kehidupan mereka apatah lagi sepanjang tahun 2020 menyaksikan seluruh isi dunia berperang dengan musuh yang tidak kelihatan.

Yang sakit mahu sembuh, yang miskin mahu kaya, yang kehilangan kerja mahukan pekerjaan, yang solo mahu berpasangan, yang gemuk mahu kurus dan bermacam-macam lagi.


Anak-anak adalah pengubat segala suka duka dalam kehidupannya.


Baik orang biasa, artis atau yang berpangkat semuanya mempunyai azam baharu. Antara yang menarik perhatian ialah pelakon Serina Redzuawan.

Anak kepada tukang masak terkenal, Cef Wan ini sudah tiga tahun lebih hidup solo dan bergelar ibu tunggal.

Sedia maklum, perkahwinan terdahulunya berakhir dengan perceraian. Namun hasil perkahwinan tersebut, Serina dikurniakan dua orang anak yang kini sudah berusia 10 dan lapan tahun.


Mahkamah Syariah menetapkan hak penjagaan anak perempuan kepada Serina.

Tidak sampai di situ sahaja, Serina juga bergelut dengan hak penjagaan anak dengan bekas suami, Salahudin Ghafar atau nama asalnya Gavin Edward O'Luanaigh.

Namun pada Ogos 2020, Mahkamah Syariah telah menetapkan anak perempuannya, Isabella Saffiya di bawah penjagaannya. Manakala anak lelaki, Tristan Tareef di bawah penjagaan bekas suami.

Wanita cekal seperti Serina tidak menjadikan dugaan hidup yang dilaluinya itu melemahkan dirinya. Malah, Serina sering dilihat sentiasa kuat dan rajin mencari rezeki dengan melakukan pelbagai jenis perniagaan.

Malah, Serina telah melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidupnya apabila mengambil keputusan untuk berhijab. Sejak berhijab, Serina dilihat semakin aktif dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan.


Sejak berhijab, Serina dilihat semakin aktif menyertai program bercorak keagamaan.


Begitupun, sebagai wanita, sudah pasti Serina memerlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami sementelah dia masih muda. Luahan dan ucapan tahun baharu yang dikongsi dalam media sosial, menunjukkan Serina tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang sesuai menjadi suaminya.

Malah, dia memohon daripada orang ramai agar mendoakannya dikurniakan suami yang beriman.

“Bismillah Assalamualaikum. #HappyNewYear2021 moga tercapai segala impian, fokus dan impian baharu. Maafkan orang yang menyakiti kita, Allah sayang kita terus diuji, perbaiki ibadah, doakan saya bertemu jodoh suami yang beriman dan impian nak pergi Umrah.

“Terima kasih papa @_chefwan58 tempatku mengadu, bermanja dan selalu bagi Rina semangat. Terima kasih guruku @ustazahasmaharun yang selalu memberi nasihat, kata semangat serta mencurahkan ilmu tanpa jemu.

“Terima kasih anak-anak mummy, Tristan dan Isabella memahami ibunya mencari rezeki, sentiasa buat saya tersenyum dan bahagia. Terima kasih Kak Ta rakan bisnesku, tulang belakang yang sentiasa di sisi saat suka dan duka.

“Tak lupa juga kepada sahabatku @ezlynnariffin @nofi_maharnis @aishahabdullah7 @widia_tee @shafroz serta isteri dan semua pelanggan yang terus sokong kerjaya dan perniagaan Serina. Moga tahun 2021 beri seribu kemanisan dan rezeki mengalir bagaikan air zam zam buat kita semua. Aamiin," tulisnya.


Serina berharap orang ramai mendoakan agar dia dijodohkan dengan lelaki yang beriman.


Luahan dan kata-kata Serina itu disambut baik oleh para pengikutnya dalam Instagram. Malah, mereka juga mendoakan agar Serina dijodohkan dengan orang yang baik-baik.

“Semoga Serina serta keluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi-Nya. Mudah-mudahan bisnes bertambah maju dan kelak dikurniakan jodoh terbaik yang Allah tetapkan di loh mahfuz. Aamiin,” tulis salah seorang netizen.


Suka melihat perubahan yang berlaku ke atas Serina. Sejak berhijab, Serina kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Semoga terus menjadi wanita dan ibu yang kuat dan cekal. Amiin!! - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: