PELAJAR program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan hadiah bertuah berupa penginapan percuma di Langkawi dan Taiping serta hamper sumbangan Keizai Store, Jitra untuk peserta yang menyertai forum Sayangi Bidadari Syurga sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2021 melalui platform Webex, FB live dan YouTube Live.

Pengarah programnya Zuraida Adnan berkata, pemilihan peserta bertuah untuk penginapan dua hari satu malam di Langkawi dan Taiping serta hamper dari Keizai Store ini akan dikendalikan oleh jawatankuasa penganjur nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Dr Rajwani Md Zain (tengah) bersama pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) bergambar dengan poster forum yang akan dijalankan nanti.


Katanya, penawaran penginapan di Langkawi dan Taiping ini diharap dapat membantu sektor pelancongan negara yang terjejas akibat COVID-19.

Zuraida menambah forum bertajuk Sayangi Bidadari Syurga ini dipilih bagi menghargai peranan wanita terutama golongan ibu yang mengendalikan rumah tangga ketika pandemik COVID-19.

Katanya, walaupun mereka dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program ini melalui subjek Perhubungan Awam di bawah pensyarah Dr Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin, namun dalam masa yang sama tajuk ini perlu diketengahkan memandangkan peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan wanita.


Peserta yang ingin menyertai forum ini boleh mendaftar segera kerana tempat terhad.


“Melalui wacana yang menampilkan Pensyarah dan Pengarah Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Dr Rajwani Md Zain, pastinya peserta dapat mengenal pasti punca masalah penyakit mental dan yang berkaitan terutama ketika mengamalkan gaya hidup dan pemodenan masa kini yang mungkin memberi tekanan kepada kehidupan seseorang individu,” ujarnya lagi.

Manakala Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia, Kamunting, Muhammad Rashid Mohd Sidik pula akan bersama-sama panel pertama dan peserta lain untuk membicarakan forum Sayangi Bidadari Syurga ini nanti.

Oleh itu semua pihak perlu menyertai forum ini agar dapat membentuk kualiti diri dan jati diri seseorang dari segi jasmani mahupun rohani agar hidup mereka lebih menyerlah dengan membuat persediaan bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang lebih mencabar.



Dalam pada itu pensyarahnya Dr Mohamad Noor Salehhuddin ketika dihubungi berkata, memandangkan penularan COVID-19 yang dilihat tiada penghujungnya (endemik) dan memberi kesan terhadap kesihatan mental golongan wanita khususnya maka pemilihan tajuk dan penganjuran bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia ini diharap bukan sahaja memenuhi tugasan yang diberikan kepada pelajarnya malah yang penting dapat membimbing golongan ibu, isteri, pekerja, suri rumah dan guru agar lebih bersedia dalam kehidupan mereka nanti.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap tahun pada 10 Oktober sejak diperkenalkan oleh World Federation of Mental Health (WFMH) sejak tahun 1992. - KitaReporters



Dr Rajwani Md Zain (kanan) sentiasa memberi nasihat kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

7
9
0
13
0

Copy Link: