Berita Terkini| Polis turun padang di lokasi bazar Ramadan! Tindakan tegas nanti individu degil
Published byOrang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berkunjung ke bazar Ramadan. - Kredit foto: xtra.com
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan selain berusaha mengekang penularan Covid-19.
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas
juga akan diambil kepada individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.
“Kita menasihati
orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) sepanjang berkunjung ke
bazar Ramadan di seluruh negara.
“Peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, pada Rabu, 14 April 2021.
Acryl Sani Abdullah Sani. - Kredit foto: Malaymail.com
Terdahulu, kerajaan kembali membenarkan bazar Ramadan dibuka dengan syarat SOP yang ketat, meskipun negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan.
Ketetapan itu turut merangkumi kebenaran membuka bazar raya dan solat sunat tarawih di masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.
Di wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, sebanyak 65 lokasi bazar Ramadan beroperasi di sekitar ibu kota, bermula 3 petang hingga 8 malam sepanjang Ramadan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters