.

Kenyataan media KKMM mengenai pelantikan CEO baharu FINAS. - Kredit foto: IG Finas Malaysia

Bapa kepada tiga pelakon Anzalna, Afifah dan Mia, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini, Isnin 1 November 2021 hingga 30 Oktober 2023.

Perkara itu diumum oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Pelantikan Dr Md Nasir bagi menggantikan bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletak jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa 15 Oktober 2021 lalu. Ahmad Idham memegang jawatan sebagai CEO mulai Mac 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan FINAS

Prof Dr Ma Nasir (kiri) dan anaknya pelakon Anzalna.


Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam satu kenyataan berkata, Dr Md Nasir berpengalaman luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"KKMM yakin kepakaran dan pengalaman luas Dr Md Nasir dalam bidang industri kreatif, khususnya seni budaya mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.

"Saya percaya sinergi antara beliau dan Ahli-Ahli Perbadanan FINAS akan terus memantapkan hala tuju, perancangan dan pelaksanaan yang lebih komprehensif bagi melonjakkan industri filem serta ekonomi kreatif di peringkat tempatan serta antarabangsa," katanya


.

Ucapan tahniah atas pelantikan Dr Nasir sebagai CEO FINAS. - Kredit foto: IG Finas Malaysia

Tambahnya, Dr Md Nasir, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008 dan Pasca-Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.

"Kecemerlangannya juga terbukti apabila menggalas tanggungjawab termasuklah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni dan Warisan Budaya (ASWARA) dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)," katanya. - KitaReporters


Kredit foto: IG Anzalna Nasir

14
11
0
9
0

Copy Link: