Video| Suami solat tarawih! Isteri berselingkuh dengan lelaki lain di rumah! Suami pulang awal!

Published by
KitaReporters


PERBUATAN yang memalukan masyarakat Islam pada bulan Ramadan yang mulia ini apabila viral sebuah video dalam media sosial di Indonesia yang mengambarkan seorang isteri sedang berselingkuh dengan lelaki lain di rumahnya ketika suaminya sedang mengerjakan solat tarawih di masjid.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Kabupaten Lhokseumawe, Aceh, pada 16 April 2022 lalu, wanita terbabit dikatakan sedang menangis mencium kaki suaminya agar mendapat keampunan di atas perbuatan maksiat yang dilakukan olehnya.


Lagi cerita-cerita memalukan berkaitan maksiat berselingkuh

 


Pada video isteri berselingkuh itu yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook Random Video of the worlds pada 18 April 2022 lalu. 

Infosumsel.id dipetik melaporkan bahawa isteri terbabit terkejut apabila dia ditangkap oleh suaminya sendiri ketika berduaan dengan seorang lelaki lain di bilik tidur.

Tangkapan kedua-dua pelaku itu merupakan isterinya dan pasangannya amat mengejutkan oleh suaminya kerana pelaku terbabit tidak menjangka suaminya pulang ke rumah lebih awal sedikit dari solat tarawih di masjid berbanding sebelum ini.

“Seorang isteri amat terkejut apabila melihat suaminya pulang awal dari solat tarawih di masjid dan ketika itu sang isteri sedang berduaan dengan lelaki lain di dalam bilik,’’ tulis kapsyen video yang dimuatnaikkan tersebut. 



Selanjutnya pada video berkenaan memperlihatkan wanita yang memakai baju berwarna hijau itu sedang menangis terisak-isak di kaki suaminya.

Bukan setakat itu sahaja, malah wanita berkenaan yang didapati curang mencium kaki suaminya agar mendapat keampunan daripada suaminya yang sudah dikhianati kasih sayangnya.

Suaminya pula yang memakai baju hitam hanya mendiamkan diri sambil pada tangannya memegang tasbih, manakala pasangan kekasih isterinya juga dikatakan mendiamkan diri ketika wanita itu sedang menangis di sisi suaminya dengan penuh penyesalan.

Sehingga kini, sejak video berkenaan  viral telah ditonton lebih 90 ribu pengguna. Video itu menarik perhatian netizen yang memberi komentarnya.


 


“Saya pernah di posisi itu, akhirnya pisah sama isteri,’’ kata akun TikTok @okky.

“Semua perkara bisa dimaafkan, kecuali perselingkuhan,’’ sebut akun TikTok @Nero.

Sementara itu, kebanyakan netizen mengatakan bahawa kejadian itu tidak sepatutnya berlaku ketika suaminya sedang mengerjakan solat tarawih di masjid.

“Sang isteri sepatutnya ikut sama suaminya pergi ke masjid untuk tunaikan solat tarawih.

‘’Kalaulah sang isteri tidak ke masjid dan berada di rumah. Dia tidak sepatutnya melakukan perbuatan maksiat dengan lelaki lain pada bulan Ramadan ini. Hormatilah kesucian bulan yang mulia,’’ kata beberapa netizen dalam komentarnya. 

Bagaimanapun. Keplisian Sektor Muara Dua dan Forum Keuchik (kepala desa) Muara Dua, Kota Lhokseumawe, Aceh, memberi penjelasan bahawa video viral istri selingkuh ketika suami solat tarawih bukan terjadi di daerah itu sebagaimana disebut-sebut selama ini. - KitaReporters


16
16
0
13
2

Copy Link: