Syamsul Yusof. - Kredit foto: Instagram @syamsulyusoffiln.


SEBUT nama ‘Mat Kilau’ atau nama sebenarnya Mohamad bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim, siapa tidak kenal dengan pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang ini, dikenali juga dengan gelaran ‘Mat Siam’.

Dan seperti pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’, kepahlawanan pejuang itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tokoh pahlaman



Berjudul atas nama pahlawan itu, ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ terbitan Studio Kembara Sdn Bhd, karya terbaharu empat kali Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, 24 dan ke 28 serta di Festival Filem Asia Pasifik ke-57 ini bakal mempertaruhkan kehebatan Syamsul sekali lagi dalam filem bergenre aksi namun dengan kelainan waima ia sebuah filem biografi epik pertama arahannya.

Apatah lagi latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.



Sehubungan itu, Syamsul meletakkan tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau ke atas bahu pelakon Datuk Adi Putra dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang-calang antaranya Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (ayah Mat Kilau) Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Khir Rahman serta aktor aksi handalan Indonesia yang terkenal dalam filem-filem Hollywood, Yayan Ruhian.



Tidak hairanlah jika kos penggambaran filem Mat Kilau ini boleh dikatakan mencipta sejarah tersendiri apabila ia mencecah RM8 juta dengan penggambaran memakan tempoh selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak serta beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Filam arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali

Menurut Shahruddin, 'Mat Kilau' dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British menduduki tanah-tanah di Pahang dan mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu serta mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.


Shahruddin (kanan) ketika lawatan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim baru-baru ini.


“Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit,” cerita Shahruddin sambil memaklumkan ‘Mat Kilau’ bakal menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022 ini.

Susulan penampilan poster rasmi filem Mat Kilau yang sudah mula beredar di laman sosial, treler rasminya pula akan dipertontonkan pada 16 Jun 2022 ini untuk khalayak ramai.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur sambil mendapat mesej positif daripadanya,” tambah Shahruddin.


Mampukah Syamsul menghidupkan watak 'Mat Kilau' pada diri Adi Putra?




Sebaik Syamsul Yusof memuat naik poster 'Mat Kilau' dalam laman Instagramnya, rata-rata rakan artis meninggalkan komen-komen positif.

Kita nantikan bagaimana agaknya arahan pemilik Anugerah Tuan Direktor Terhebat Anugerah Blockbuster 2012 ini dalam mengarahkan sebuah filem epik biografi ini. - KitaReporters


12
10
0
15
1

Copy Link: