Status dimuat naik Muhammad Khalil pada 6 Jun 2021 berhubung ayahnya, Abdul Hadi Awang


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai sejak awal Jun 2021 akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat ini.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana dilaporkan Sinar Harian pada 26 Jun 2021.

Menurut beliau, kesihatan Abdul Hadi semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak menerima rawatan di IJN.

"Alhamdulillah makin baik, mungkin dalam masa terdekat akan keluar dari IJN. Kesihatan kian pulih, beliau dalam keadaan ceria serta teruja untuk sama-sama dengan masyarakat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang dimasukkan ke IJN dan perkara itu dimaklumkan oleh anak beliau, Muhammad Khalil yang juga Adun Batu Buruk menerusi hantaran di Facebook pada 6 Jun 2021.

Muhammad Khalil dalam hantaran itu tidak menyatakan tarikh ayahnya dimasukkan ke IJN dan turut memohon orang ramai tunaikan solat hajat dan berdoa agar Abdul Hadi segera sembuh seperti sedia kala. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: