Berita Terkini| Suntikan vaksin Covid-19 untuk pelarian! Suhakam minta disenaraikan dalam PICK!
Published byGambar hiasan... Tanggal 20 Jun setiap tahun adalah Hari Pelarian Sedunia. -Kredit foto: AFP
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan turut senaraikan pelarian di negara ini sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Memetik
laporan Harian Metro pada 20 Jun 2021, Suhakam menerusi satu kenyataan turut
berharap kerajaan dapat sediakan tempat yang selamat untuk golongan tersebut terima
suntikan vaksin.
“Kerajaan
diharap dapat tegakkan prinsip tiada sesiapa yang ketinggalan dengan memastikan
pelarian di negara ini juga dimasukkan ke dalam PICK sebagai usaha tangani pandemik
Covid-19.
“Hari
Pelarian Sedunia diraikan 20 Jun setiap tahun sebagai penghormatan kepada
kekuatan serta keberanian mereka yang terpaksa tinggalkan negara asal untuk selamatkan
diri daripada konflik atau penganiayaan.
“Oleh itu,
Suhakam meminta semua mendukung tema 'Together we heal, learn and shine' yang
mengingatkan bahawa dunia tidak akan dapat atasi Covid-19 jika pelarian atau
sesiapa jua diabaikan kerana tiada siapa yang selamat sehingga semuanya selamat,”
katanya.
Selain itu,
Suhakam juga menyeru rakyat Malaysia memahami situasi buruk dihadapi pelarian di negara asal hingga terpaksa cari
pelindungan di negara ini dan seharusnya komuniti pelarian di negara ini
dilayan dengan bermaruah serta mendapat keperluan asas mereka. - KitaReporters