Video| Semoga Aiman Tino kembali sihat! Dimasukkan ke wad akibat sukar bernafas! Batuk berpanjangan!
Published byMenurut ibunya, Hazelina Mat Jalil, 45, Aiman dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Aiman Tino
Keadaan Aiman Tino ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta
“Memang kalau tengok keadaannya agak merisaukan. Jadi kami bawa Aiman buat pemeriksaan dengan pakar supaya dapat kenal pasti masalah sebenar dihadapinya.
“Selepas itu doktor mengusulkan supaya dia dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan menyeluruh.
“Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya kepada media.
Bagaimanapun menurut Hazelina, keadaan Aiman semakin positif biarpun perlu menggunakan oksigen untuk menstabilkan pernafasan.
Tambah Hazelina, dia bimbang anaknya itu menghidap lelah biarpun sebelum ini tiada sejarah dia pernah berhadapan masalah itu.
Hazelina bimbang kecenderungan Aiman menghisap vape menjadi punca batuk berpanjangan yang dialaminya.
“Sebagai ibu sudah pasti hati tak tenang setiap kali anak-anak kurang sihat, sampaikan kita pun susah tidur lena.
“Walaupun masing-masing sudah besar panjang, saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil terutama ketika mereka sakit.
“Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta menggunakan bantuan oksigen,” katanya.
Aiman Tino bersama ibu dan ayah
Hazelina, turut berkongsi sekeping foto dalam media sosial yang menunjukkan Aiman terbaring di katil hospital dan memakai topeng oksigen.
Ibu kepada 11 cahaya mata ini turut menyertakan kapsyen pendek: “Mak doakan Aiman cepat sembuh.”
Aiman Tino yang mula popular sejak 2016 melalui single ‘Ku Rela Dibenci’ turut terlibat dalam bidang lakonan. Lakonan terakhirnya ialah ‘Anak Beranak Abang Yie’ yang disiar oleh TV3 beberapa bulan lalu. - KitaReporters