Video| Jihan puas hati cara Elly Mazlein kendali GV9! Tapi harap akan kembali kendali GV seterusnya!
Published byPelawak dan pengacara Jihan Muse, 39, berpuas hati dengan tugas yang dijalankan oleh Elly Mazlein dalam mengendalikan pertandingan nyanyian realiti Gegar Vaganza 9 (GV9).
Elly mempunyai cara tersendiri untuk menarik penonton menyaksikan program nyanyian realiti itu dan menjadi trending.
Perkara itu dinyatakan oleh Jihan atau nama sebenarnya Nurr Jihan Muse melalui kenyataan yang diberi melalui syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Enterteinment.
Menurut Jihan dia menonton setiap minggu GV9 dan melihatkan Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menghidupkan rancangan itu.
Tambahnya, Elly, 41, mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan GV9 dan Nabil Ahmad, 39, terlihat sudah semakin selesa berpasangan.
Tetapi Jihan berharap Astro Ria akan kembali memberi peluang kepadanya untuk mengendalikan GV akan datang.
Jihan mengendali GV sejak musim pertama pada 1995 dan berjaya menghidupkan perjalanan GV sehingga musim kelapan.
Bagi GV9, Jihan terpaksa menarik diri kerana perlu menjalani proses pantang setelah kelahiran anak keduanya pada awal September 2022 dan berehat bersama keluarga.
Walaupun kini terdapat persaingan, namun Jihan akan memastikan dia menjadi individu terbaik di samping Nabil Ahmad bagi mengendali program realiti yang berprestij itu.
Kata Jihan, selaku rakan seperjuangan, dia berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.
“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program televisyen yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) dalam semua platform media sosial," katanya lagi.
Jihan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 37, pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan dua putera.
Selain Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada 6 September lalu, perkahwinan mereka turut diserikan Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun. - KitaReporters