Piala AFF 2022: Thailand sah Raja Bola Sepak ASEAN! Kekalkan kejuaraan untuk kali ke-2 berturut-turut!

Published by
KitaReporters


Jaringan tunggal daripada ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan sudah memadai untuk mendiamkan Vietnam dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF 2022  yang berlangsung di Stadium Thammasat pada 16 Januari 2023. 

Gol pada separuh masa pertama itu sudah cukup untuk memastikan Thailand mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut apabila menang 3-2 secara agregat ke atas musuh tradisi mereka itu sekali gus membuktikan bahawa mereka adalah kuasa besar di rantau ASEAN. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Skuad Gajah Perang mempunyai kelebihan sebelum perlawanan kerana mempunyai jaringan tempat lawan sementara Vietnam pula wajib menang jika berhasrat meraih kejuaraan di tempat lawan tetapi perkara itu tidak terjadi. 

Biarpun skuad kendalian Park Hang-seo cuba bangkit dengan menukar beberapa pertukaran dengan taktikal menyerang untuk mendapatkan jaringan namun pertahanan skuad Gajah Perang begitu utuh bertahan dari membenarkan gawang mereka dibolosi. 

Bagi kem Vietnam, ini bukanlah satu pengakhiran yang diinginkan kerana mereka sebelum ini berhasrat untuk hadiah piala terakhir buat jurulatih mereka, Hang-seo namun tidak kesampaian. 

Kekalahan ini menutup perjalanan cemerlang beliau bersama skuad Naga Emas ini. Beliau belum menyatakan ke mana hala tuju selepas ini. 



Selain muncul juara, dua pemain Thailand telah menenangi anugerah individu iaitu penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol iaitu Teerasil Dangda berkongsi anugerah tersebut dengan penyerang Vietnam, Nguyen Tien Linh.

Theerathon pula dipilih selaku pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut. Pemilihan ini adalah satu pilihan yang begitu tepat selepas membantu pasukannya muncul juara selain tampil dengan aksi begitu konsisten. - KitaReporters


Kredit foto-foto : FB Thailand Football

16
15
0
15
0

Copy Link: