Terbuka Malaysia 2023: Viktor Axelsen pertahan kejuaraan! Juara perseorangan 2 tahun berturut-turut!

Published by
KitaReporters


Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menepati ramalan untuk muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2023 selepas menewaskan wakil Jepun, Kodai Naraoka straight set 21-6, 21-15 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 15 Januari 2023.

Dalam perlawanan akhir, Axlesen tidak menghadapi masalah untuk mempertahan gelaran tersebut buat kali kedua berturut-turut. 

Dengan permainan yang begitu kemas serta kurang melakukan sebarang kesilapan membuat dirinya terus konsisten mengutip mata demi mata sehingga meraih kemenangan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton


Wakil Denmark yang bergerak secara solo ini ketika ini berada pada tahap terbaik dan begitu sukar pemain lain untuk menggugat kedudukan nombor satu dunia dan menghalang daripada terus merangkul kejuaraan demi kejuaraan. 

Kemenangan ini juga memberikan beliau memulakan kempen 2023 dengan langkah kanan. 

Sementara Naraoka adalah bintang baharu bagi Jepun dan beliau telah beraksi begitu cemerlang termasuk mengalahkan wakil negara, Lee Zii Jia dalam kejohanan ini. 

Namun aksi pada separuh akhir yang terpaksa bermain lebih dari 100 minit dalam pertarungan tiga set menyebabkan dirinya mengalami sedikit kepenatan dan tidal cukup masa berehat sebelum turun menentang Axelsen. 

Selaku juara, Axelsen membawa pulang hadiah wang kemenangan berjumlah RM379,444 sementara Naraoka pula pulang dengan RM184,302. - KitaReporters


9
14
0
10
0

Copy Link: