Video| Pak Nil buka dana sumbangan bantu Ibnor Riza! Biayai kos rawatan! Sama seperti bantu Zamani!
Published bySejumlah insan seni kini menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan jumlah wang yang banyak untuk kos rawatan dan kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga.
Walaupun beberapa pihak termasuk persatuan artis dan individu tertentu telah ataupun sedia untuk menghulurkan bantuan kewangan, namun ia mungkin mengambil masa dan ia boleh membahayakan kesihatan individu terbabit.
Penyanyi yang punya suara ‘lelaki’ ini terpaksa menjual tiga kereta kesayangannya bagi menampung kos rawatan kanser kanser limfoma tahap empat dan untuk keperluan hidup dirinya serta keluarga.
Pak Nil bertemu empat mata dengan Ibnor pada majlis ulang tahun ke-18 mStar dan pelancaran segmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada 26 September 2023 lalu.
Setelah menonton video dan dapat bertemu muka dengan Ibnor, Pak Nil tergerak untuk kembali melancarkan dana sumbangan untuk artis.
Setelah berjaya membantu Zamani Slam kira-kira setahun lalu, kini dia cuba melakukan kaedah yang sama untuk membantu Ibnor Riza.
Bagi Pak Nil langkah pantas perlu dilakukan memandangkan Ibnor hanya bergantung melalui ‘show’ untuk mengumpul duit.
Pak Nil tidak yakin Ibnor mampu mengumpul jumlah wang yang banyak melalui kerja menyanyi (show) dalam tempoh singkat sedangkan sakit yang dialami semakin membimbangkan.
Dana sumbangan untuk Ibnor Riza dibuka mulai pagi Selasa, 3 Oktober 2023. Dia meminta orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Maybank 564735809375 (Aznil Nawawi).
Pak Nil berharap dana sumbangan untuk Ibnor Riza akan mendapat sambutan seperti mana dana sumbangan untuk penyanyi Zamani Ibrahim.
Usaha Pak Nil itu berjaya mengumpul wang lebih RM100,000 atau tepatnya RM101,103,84 dan penyanyi popular itu selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 7 November 2022.
Sebagai sumbangan sosialnya, menurut Pak Nil, dia akan tetap menganjurkan dana sumbangan untuk insan-insan seni yang amat memerlukan.