Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!
Published byMungkin hanya berlaku di Malaysia kes seperti menonggang motosikal ala-ala Superman, sambil bersila dan bermacam-macam lagi gaya yang boleh membahayakan nyawa. Malah, ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Lebih menyedihkan, pemandu seperti ini adalah kalangan anak-anak muda Melayu. Tidakkah mereka sayang nyawa atau memikirkan orang tersayang? Akhirnya mati katak!
Walaupun sudah banyak berita tentang kematian akibat kemalangan, namun mereka tidak mengambil pengajaran.
Orang seperti ini layak ditularkan dalam media
sosial agar mereka cepat tersedar dan diambil tindakan segera oleh pihak
berkuasa. Selain itu, ia juga memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak
memandu atau menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
Itulah yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Paknil.
Pada awal Februari 2024 lalu, dia berkongsi satu video dalam Instagram, menunjukkan seorang leaki sedang menunggang sebuah motosikal sambil bersila.
Demi menjaga privasi penunggang motosikal tersebut, Paknil telah menutup nombor plat dan wajah lelaki tersebut.
Menurut Paknil, penunggang motosikal tersebut tidak pentingkan nyawa sendiri kerana memandu dalam keadaan bersila. “Aku lagi susah payah nak censored muka dan nombor motor dia. Dia sendiri tidak pentingkan nyawa dia,” tulis Paknil.
Perkongsian tersebut tidak lain tidak bukan bertujuan untuk
memberi pengajaran dan diambil iktibar oleh orang ramai namun sebaliknya yang
berlaku. Ada segelintir netizen yang membidas hantaran tersebut kerana menurut
mereka, tiada yang salah kerana motosikal yang dipandu adalah jenis skuter.
Dakwa mereka, skuter tidak memerlukan kaki untuk menekan brek atau clatch kerana ia automatik (autocruise).
“Bawa skuter memang tak perlukan kaki Paknil. Cuma
tekan dengan tangan sahaja. Brek pun pakai tangan,” terang salah seorang
netizen.
Ada juga netizen yang sependapat dan faham apa yang
ingin disampaikan oleh Paknil. Menurut mereka, walaupun skuter tidak memerlukan
brek kaki, ia tetap berbahaya jika ditunggang sedemikian.
“Memang tak pakai kaki. Tapi letak satu situasi kucing
melintas atau ada bonggol. Kita sendiri boleh bayangkan. Mesti menggelupur.
Yang salah tetap salah. Nak naik begini duduk kerusi roda,” kata netizen lain
pula.
Lain kali, ketika ambil lesen memandu, beri tumpuan sepenuhnya. Jangan sambil lewa dan ilmu yang diajar, hanya diguna pakai kerana mahu lulus semata-mata.
Bukan begitu tujuan ilmu yang diberikan ketika mengambil lesen memandu. Ia perlu dipraktikkan ke dunia nyata. - KitaReporters