Video| Gelek Baby Shima, Aliff Syukri menjadi? Ditonton lebih 2.6j kali! Nafi lucah, keterlaluan!
Published byPenyanyi Baby Shima, 30, yang sering melakukan aksi kontroversi sudah lali dengan kritikan masyarakat terhadapnya dan tidak akan berhenti melakukan aksi sedemikan kerana mengganggap ia tidak keterlaluan.
Baru-baru ini Baby Shima, atau nama sebenarnya, Nur Ashimah Ramli, dikritik lagi ekoran aksinya dalam klip video muzik (MV) lagu ‘Baby Sayang’ yang memperlihat dia bergelek dengan goyangan punggung serta berseluar pendek bersama pasangan duetnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35.
Shima juga dikatakan menari bagai 'penari tiang' dalam kelab hiburan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sensasi Baby Shima
Baby Shima menganggap aksinya dalam klip video itu tidak keterlaluan dan menyalahkan masyarakat yang memberi imaginasi salah terhadap aksi itu.
Video tersebut telah ditonton oleh 2.6 juta kali. Video klip yang dimuat naik dalam TikTok Baby Shima pula telah ditonton hampir 1 juta kali pula.
Katanya lagi, dia tidak boleh menghalang orang ramai memberi teguran dan Baby Shima sendiri bebas melakukan perkara yang dia suka lakukan.
Sebelum ini Baby Shima dikritik melakukan aksi bergoyang atas lintasan belang (zebra crossing) di sebuah jalan raya. Baby Shima juga menerima kritikan apabila memberi anjing makan.
Namun penyanyi kecil molek ini juga pernah dipuji apabila membersihkan meja hidangan sebuah tempat makan selepas menjamu selera.
Sementara itu, peminat hairan bagaimana Baby Shima boleh berbaik semula dengan Aliff Syukri.
Menjawab pertanyaan peminat, Baby Shima menyatakan pertikaian dengan usahawan sensasi itu sudah selesai.
Dan secara kebetulan dia dan Aliff Syukri berada di bawah pengurusan yang sama iaitu Rusa Music, jadi tidak menjadi masalah untuk berduet dalam lagu berunsur dangdut yang ada sentuhan K-pop.
Video Muzik (MV) ‘Baby Sayang’ akan dilancar di beberapa platform digital dan YouTube mulai Rabu, 17 Ogos 2022.
Sejauh manakah ‘Baby Sayang’ mampu cepat meledak dengan aksi seksi Shima? Muzik video ‘Kelepok Raya’ yang disiarkan sejak 20 April 2022, telah ditonton lebih 2.5 juta kali.
MV ‘Kelepok Raya’ menimbul kontroversi apabila memperlihatkan sekelompok lelaki ‘lembut’ menari.
Komposer Amy Ukays kini menjadi pencipta lagu tetap untuk Aliff Syukri.
Selepas berjaya memberi kejayaan ‘meletopkan’ lagu ‘Kelepok Raya’, Amy kini mengharap kejayaan yang sama bagi lagu ‘Baby Sayang’. - KitaReporters