Video| Terharu dan puas! Siti Nurhaliza Queen of the Night! Hiburkan peminat wanita golongan B40!
Published byPenyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, terharu dan puas dapat mengadakan persembahan untuk meraikan peminat-peminat wanita daripada golongan B40.
Dia mengadakan konsert untuk golongan B40 dalam persembahan Queen of The Night pada Sabtu, 6 Ogos 2022 lalu dan berjalan lancar. Persembahan itu dianjurkan oleh B’ De Paris di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konsert-konsert
Siti menghiburkan seisi dewan dengan seleksi 15 buah lagu pilihan. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan berkisar tentang inspirasi dan wanita.
Tambah mengharu apabila mengetahui sebahagian yang datang itu sudah lama ingin menyaksikan persembahan ‘live’nya. Mereka dapat menyaksikan konsert ‘live’ setelah mendapat tiket sumbangan Yayasan Metamorphosis.
Siti membuka tirai persembahan dengan lagu ‘Nona Zaman Sekarang’ dan ‘Cindai’ yang disusun semula dengan elemen muzik tradisional dan moden.
Antara lagu yang disampaikan adalah ‘Aku Bidadari Syurgamu’, ‘Seribu Kemanisan’, ‘Siapa Tak Mahu’, ‘Lebih Indah’ dan ‘Anta Permana’.
Siti meluahkan keterujaan dan puas mengadakan konsert untuk kaum wanita yang kebanyakannya golongan B40 dalam laman Instagramnya.
Siti turut mendedikasikan sebuah lagu khas buat kaum wanita iaitu ‘Azizah’ ciptaan dan nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee.
Siti turut pergi ke meja penonton untuk menyanyi. Dan ramai penonton mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Siti yang menyerlahkan kegembiraan.
Showcase ‘Queen of The Night’ merupakan persembahan pertama Siti pada fasa peralihan endemik .
Pada November 2022 nanti, Siti akan mengadakan konsert amal ‘Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza’ di Dewan Plenary, KLCC.
Penyanyi yang sudah menjadi usahawan berjaya dan isteri jutawan kini lebih berminat melakukan konsert amal. - KitaReporters