Video| Alahai Ifa Raziah! Menyanyi sumbang gara-gara pakaian! Dikritik Hattan, guru vokal, peminat!
Published byDALAM episod ketiga program realiti ‘Terpaling Juara’, TV3 pada malam hari Ahad, 4 September 2022 lalu, dua penyanyi senior Ifa Raziah (Saripah Raziah Mustapha), 46, dan Hazami (Norkamal Hazami Azmi), 37, berada dalam kedudukan dua terbawah dan salah seorang bakal tersingkir.
Namun salah seorang juri tetap Datuk Hattan (Mohd Shukri Shahabudin), 57, bersimpati dan memberi peluang kedua-duanya muncul untuk mencabar peserta lain dalam episod keempat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Ifa Raziah
Ifa Raziah bersyukur dirinya tidak tersingkir. Dia memberi alasan tidak dapat menyanyi dengan baik dan sumbang di bahagian tertentu ketika menyampaikan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ nyanyian asal Ella.
Katanya, semasa latihan pada Khamis dan petang Ahad semua okay dan mendapat pujian, namun dia bukan robot dan tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
Ifa berkata demikian kepada media sebaik selesai pertandingan dalam program yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor dan disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Juri Datuk Hattan bertanyakan Ifa perkara yang mengganggu persembahannya sehingga kelihatan kurang meyakinkan dan jawapan yang diberikannya ialah terpijak kain baju yang agak berat.
Penyanyi dangdut ini tidak kesal dengan apa yang berlaku dalam persembahannya.
Tambahnya, dia menyertai program itu untuk mencuba pelbagai genre lagu dan tidak bergantung pada genre dangdut sahaja.
Katanya lagi, dia tidak tamak untuk mengejar hadiah utama bernilai RM100 ribu kerana dia dengan mudah boleh mendapat jumlah itu daripada sumber lain termasuk perniagaannya.
Menurut Ifa, walaupun tewas dalam pertandingan realiti itu, namun dia masih laris dalam persembahan dangdut.
Ifa Raziah turut membidas kenyataan seorang guru vokal, dikenali sebagai Shaffiq Erwin yang menegur teknik nyanyian Ifa di pentas ‘Terpaling Juara’.
Ifa memberi komen balas dalam Instagram guru itu di mana dia mengatakan tidak pernah mengenali individu itu di dalam industri hiburan.
"Kau siapa nak sound-sound aku nyanyi sumbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang ke laut sikit. Kau suruh mak kau menyanyi aku nak tengok,” tulisnya.
Menurut Ifa, semua penyanyi pasti akan melalui fasa tersebut apabila sudah meningkat usia termasuk penyanyi antarabangsa.
“Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang dulu suara high pitch tidak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu. So respect la sikit kami yang tua ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ifa turut meminta guru vokal itu tidak membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi muda kerana tiada kemampuan untuk melawan.
Ifa turut 'bertekak' dengan wartawan yang bertanyakan soalan berkaitan persembahan kurang memuaskan itu.Sementara itu Hazami turut mengaku gagal memberi persembahan terbaik. Dia turut berazam untuk memberi persembahan lebih meyakinkan dalam episod keempat.