Elak layan masalah cinta peminat! Adam Corrie ingat pesan isteri! Bukan sebab isteri kuat cemburu!
Published byTanpa peminat, seseorang artis tidak akan ke mana-mana atau mendapat tempat dalam bidang yang diceburi.
Setiap figura popular itu pasti ada peminat yang menyokongnya. Malah, para ‘haters’ juga tanpa disedari menaikkan nama artis tersebut.
Justeru bagi menghargainya, golongan artis kena
melayan peminat dengan baik, tidak sombong dan senyum selalu.
Ibarat aur dan tebing, artis dan peminat memerlukan satu sama lain.
Lagi
Adam Corrie bersama isteri, Fazima Fuad.
Kalau dulu, komunikasi antara artis dan peminat begitu terbatas. Namun kini, hanya di hujung jari, artis dan peminat dapat berkomunikasi dengan mudah melalui media sosial.
Namun ada pro dan kontranya. Ada batas-batas yang perlu dijaga terutama melibatkan komunikasi berlainan jantina. Pasti anda tahu, zaman media sosial ini penuh dengan fitnah. Tak salah untuk kita berhati-hati.
Bagi mengelakkan fitnah media sosial, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah sering mengambil nasihat isterinya, Fazima Fuad. Menurut Adam dalam laman Instagramnya, dia selalu dihubungi oleh para peminat terutama wanita yang mahu bercerita mengenai masalah cinta dan rumah tangga.
“Isteri selalu pesan pada saya, kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta atau rumah tangga, elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ataupun rakan. Takut mereka salah faham pula ingat kita suka kepada mereka,” tulisnya.
Manakala bagi Fazima, sebagai wanita sudah tentulah
dia lebih arif dan memahami jiwa wanita. Malah, sebagai isteri juga dia wajib
melindungi maruah dan mengelakkan suaminya daripada fitnah.
Menurut Fazima seperti diceritakan oleh Adam,
seorang wanita akan mudah jatuh hati atau perasan apabila seseorang lelaki
melayannya dengan baik.
“Isteri saya kata, perempuan ni kalau lelaki tu cakap lembut sikit, ambil berat sikit, mulalah perasan. Bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir ini nanti jadi parah,” katanya.
Walaupun sudah berlainan agama, namun hubungan Adam dengan ibunya tetap baik.
Apa yang diceritakan oleh Adam ini bukanlah rekaan atau andaian semata-mata.
Menurut Adam, dia sering berdepan dengan para peminat yang salah faham pertolongannya sehingga terpaksa membuat laporan polis demi mengalakkan fitnah.
“Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan
masalah putus cintalah, tolong bagi duit susu anaklah, nak tumpang rumahlah,
akhirnya jadi ‘stalker’ pula. Mesej pelik-pelik. Menakutkan. Terus buat laporan
polis.
"Sebab itu kalau ada wanita yang nak bergambar berdua, saya cuba elakkan. Bukan sombong, takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali. Kita hidup biar berpada-pada,” ujarnya.
Bergambar bersama rakan-rakan artis ketika penggambaran drama bersiri.
Justeru, Adam menyeru kepada para peminatnya agar
mencari saluran yang betul untuk mengadu masalah seperti masalah rumah tangga. Kalau
boleh, carilah yang sama jantina agar tidak ada salah faham atau fitnah.
“Jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk
mengadu masalah. Bukan dengan artis, bukan dengan orang yang berlainan jantina.
Bahaya!
"Saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah
untuk rujuk kepada pakar. Saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat
sikit sahaja. Lebih-lebih tak boleh.
"Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik. Janganlah pula ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin empat ya. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Jaga hati semua orang,” serunya.
Sementara itu, ramai netizen bersetuju tindakan
Adam mengambil langkah berhati-hati melayan peminat dan mendengar nasihat
isteri. Kalau ada masalah cinta atau rumah tangga, rujuklah dengan pakar atau
rakan yang sama jantina.
Adam dan Fazima telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun. - KitaReporters
10 tahun pasangan ini menantikan kelahiran cahaya mata.