BERIKUT adalah kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berhubung penjelasan #QuranHour sebagai cara membina karakter Muslim sejati menuju negara berbudi dan penyayang bertarikh 1 Sept. lalu.

Muslimah dari Rumah Ngaji Tebong, Melaka turut menjayakan Malaysia Quaran Hour.


Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Karangkraf telah ditubuhkan pada 31 Julai 2013 membawa misi untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui pendekatan baca, faham dan amalkan nilai-nilai dari al-Quran sebagai cara untuk melahirkan karakter yang lebih baik.

Terdapat tiga inisiatif yang dilakukan iaitu:

1. Penubuhan Rumah Ngaji yang memberikan pengajian al-Quran percuma supaya masyarakat Islam dari pelbagai lapisan dapat berinteraksi dengan al-Quran

2. Pelaksanaan #QuranHour pada peringkat keluarga, organisasi, komuniti, negara dan dunia agar pengajaran murni dari nilai-nilai al-Quran dapat diaplikasikan dan dilaksanakan dengan baik

3.  Membina hubungan baik melalui Sahabah Al-Quran sebagai satu cara agar bekerjasama mengangkat nilai-nilai murni dari Al-Quran

WUIF, melalui 3 inisiatif di atas komited membawa matlamat ke arah melahirkan Bangsa Berbudi dan Penyayang sebagaimana mesej besar tentang compassion yang ada di dalam al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bergambar dengan sebahagian peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini.


Dapatan dari pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour sejak 2015 yang telah diadakan di lebih 3,000 lokasi di Malaysia, 300 lokasi di 70 buah negara serta mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial, kempen ini telah membantu membina ikatan yang lebih baik dalam kalangan orang Islam dan  bukan Islam dalam negara Malaysia yang majmuk ini serta juga hubungan lebih baik pada peringkat antarabangsa.

Keystone habit atau tabiat yang dilahirkan adalah agar orang Islam mencintai Al-Quran dan melaksanakan nilai-nilai compassion di dalam al-Quran, mendirikan solat dan suka memberikan infak atau memberi sumbangan sama ada kepada muslim atau bukan.

Quran, solat dan infak adalah modul kepada orang Islam dalam membentuk jiwa yang berbudi dan penyayang seterusnya membina karakter Muslim sejati yang lebih baik, selari dengan hasrat negara Malaysia saat ini untuk membina negara Rahmah dan Malaysia menjadi model kepada negara Muslim yang lain tentang karakter sebenar seorang muslim.

Dapatan kami dalam tempoh 7 tahun pelaksanaan kempen ini, terutama di syarikat dan organisasi, dari 10 orang, sekitar 7 hingga 9 orang tidak boleh membaca al-Quran, apatah lagi lagi memahami isi kandungan al-Quran yang  sarat dengan nilai-nilai mulia yang perlu dipraktikkan.

Kami percaya, dengan dorongan agar orang Islam mula back to basic, membaca dan membudayakan Al-Quran akan menguntungkan bukan Islam kerana amalan itu akan menjadikan orang Melayu Islam menjadi lebih baik dan lebih adil kepada mereka. 

Modul Berinteraksi dengan al-Quran ini telah membantu banyak proses pemulihan di penjara dalam kalangan Muslim, menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, ketagihan, membantu penerapan budaya keselamatan lebih baik di syarikat serta memantapkan perpaduan di dalam komuniti.

Hanya dengan kembali memaham dan melakukan ajakan agar kita kembali kepada nilai-nilai murni dan mulia sebagaimana ada di dalam panduan agama akan membantu membentuk suasana yang lebih baik di dalam keluarga, komuniti, negeri dan negara.

Pengukuhan integriti dan pemantapan toleransi adalah elemen penting di dalam proses mengupayakan (empowerment) ummah agar lebih kompetitif dan berdaya maju.

Setelah kempen pada peringkat negara dan dunia, matlamat sebenar kempen adalah ke arah My #QuranHour, iaitu satu jam bersama al-Quran, selama 365 hari menjadi praktik kepada semua Muslim sehingga lahir karakter berbudi dan penyayang sebagaimana panduan dari al-Quran.

Sebahagian pelajar SMK Seksyen 19 Shah Alam yang menghayati Surah Al-Kafi yang menjadi tema #QuranHour pada kali ini.

0
0
0
0
0

Copy Link: