Lagu Seloka Hari Raya: Dulu Hail & Uji! Kini Fattah & Fazura!
Published bySejak itu masyarakat akan terkesan mendengar lagu yang indah melodi dan liriknya dan didendang dengan menarik oleh pasangan penyanyi ini.
Uji Rashid dan Hail Amir dianggap sebagai pasangan duet terbaik setelah P. Ramlee dan Saloma, serta A. Ramlie dan Maria Bachok.
Kini Uji Rashid sudah berusia 60 tahun (1/9/1959), manakala Hail berusia 64 tahun (2/11/1955).
Dengan usia semakin meningkat dan kualiti vokal sudah berkurangan, hampir mustahil kedua-dua mereka akan kembali merakam album.
Gandingan asal 'Seloka Hari Raya', Uji Rashid dan Hail Amir. - Kredit foto: Facebook
Mengikuti rakaman lagu baru dendangan Fazura dan Fattah Amin terdengar tidak banyak bezanya daripada nyanyian asal Uji Rashid dan Hail Amir.
Susunan muziknya juga tidak banyak berbeza, cuma diberi sedikit kemodenan oleh penerbit Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup.
Rakaman lagu ‘Seloka Hari Raya’ ini dilakukan secara berasingan kerana ketika itu, Fattah menjalani pengambaran drama di Melaka.
Lagu ini dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) dilaksana.
Bagaimanapun perlaksanaan PKP menyebabkan klip muzik video asal terpaksa dibatal. Namun sebagai ganti, dibuat klip video secara animasi.
Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea Fazura dan Fattah.
Ini termasuk sesi ramah mesra dalam talian.
Lagu ‘Seloka Hari Raya’ versi Fattah dan Fazura boleh didapati pada semua pelantar digital.