PKP: Pihak memerlukan terus dapat perhatian! Diberi bantuan!
Published by
KitaReporters
--title--
MASYARAKAT kurang berkemampuan khususnya daripada golongan B40 yang memerlukan bantuan akan terus dipantau dan diberikan perhatian sewajarnya bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan hidup dalam tempoh suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berjalan sekarang. : KitaReporters
Senator Suresh selain menyantuni para penerima bantuan keperluan harian juga sempat memberi kata-kata nasihat kepada para penerima bagi kawasan Parlimen Puchong di Dewan Dr George,Taman Equnie, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
Untuk itu, golongan ini perlu menyesuaikan diri dengan keadaan pemulihan sekarang bagi menjamin mereka dapat meneruskan kehidupan harian terutama dalam keadaan norma baharu yang diselubungi pelbagai Prosedur Operasi Standard ( SOP) dalam usaha meleraikan rantaian COVID-19.
Untuk itu, golongan ini perlu menyesuaikan diri dengan keadaan pemulihan sekarang bagi menjamin mereka dapat meneruskan kehidupan harian terutama dalam keadaan norma baharu yang diselubungi pelbagai Prosedur Operasi Standard ( SOP) dalam usaha meleraikan rantaian COVID-19.
Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Suresh Rashpal Singh yang ditemui pada pertemuan dan pemberian sumbangan sara hidup kepada 30 penerima untuk kawasan Parlimen Puchong di Dewan Dr George Taman Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada Sabtu, 11 Julai 2020 lalu.
Beliau pada program itu mewakili Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas tetapi penuh makna bagi para penerima yang diberikan sumbangan bantuan sara hidup berbentuk barangan keperluan harian termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak, garam, susu, teh, kopi dan berbagai.
Beliau memberi jaminan golongan berkenaan akan terus dibela dan diberikan perhatian supaya mereka dapat sama-sama menjalani kehidupan harian dengan semangat ingin berusaha memajukan diri, sekalipun dalam keadaan terpaksa mematuhi SOP semasa PKPP ini.
Senator Suresh meyantuni satu keluarga pada sumbangan bantuan keperluan harian yang diadakan.
"Kami pada peringkat pemimpin akan cuba berusaha sedaya upaya membantu setakat yang termampu sama ada melalui kerajaan negeri, badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja yang ingin membantu meringankan beban dihadapi golongan berkenaan," ujarnya.
Senator Suresh mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor yang menyediakan bantuan sara hidup berbentuk barangan keperluan harian, di mana sedikit sebanyak mampu membantu meringankan beban hidup golongan tersebut.
Beliau berharap bantuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menampung beban kehidupan yang sebelum ini tidak pernah tergambar pada fikiran.
Sebahagian penerima sumbangan bantuan keperluan harian kawasan Parlimen Puchong bersama Ahli Dewan Negara, Senator Suresh Singh Rashpal Singh (berbaju putih, tengah) dan Ahli Majlis MPSJ M. Ambarasan Murugesu (enam dari kiri).
Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), M. Ambarasan Murugesu berkata, pihaknya dengan kerjasama semua termasuk Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang yang juga EXCO Kerajaan Negeri Dr Siti Mariah Mahmud sepanjang PKP dan PKPP hingga sekarang. Satu jumlah kewangan agak besar dibelanjakan bagi membantu golongan yang memerlukan khusus mereka dalam kategori B40.
Daripada sumbangan bantuan berkenaan, katanya, banyak membantu golongan memerlukan sekalipun tidak sebesar mana, tetapi mampu meringan kurangkan beban yang terpaksa ditempuh disebabkan tidak dapat meneruskan pekerjaan maupun berniaga.
Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 19 (JKP 19). M, Ambarasan Murugesu.
Pada pertemuan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 19 (JKP Zon 19) memberitahu, Dewan Serbaguna di Lestari Perdana 3 (LP3) yang dibina dengan kos RM1 juta dijangka siap sepenuhnya dan bakal beroperasi dalam jangka masa sebulan dari sekarang.
Dewan dengan kapasiti 1,000 orang pada satu-satu majlis mempunyai tiga gelanggang permainan, sebuah dewan serbaguna dan pejabat Ahli Majlis MPSJ Zon 19.
Ia dibina tahun lalu dan kini dalam peringkat akhir menyiapkannya.
Dengan siapnya dewan berkenaan, ia merupakan antara alternatif bagi masyarakat sekitar untuk pelbagai aktiviti dan perhimpunan.
Sebelum ini berbagai aktiviti yang diadakan terpaksa menggunakan Dewan Dr George di Taman Equine, di Bandar Putra Permai selain Dewan Serbaguna Taman Seri Indah dan beberapa dewan yang pengurusannya dikendalikan pihak swasta. - KitaReporters
0
0
0
0
0