Selamat hari lahir Aafiyah dan Afwa! Tok Ti, Datuk K rai ulang tahun lahir anak secara bersama!
Published bySelebriti tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, yang lebih mesra dipanggil Tok Ti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 63, meraikan ulang tahun dua anak mereka secara bersama kerana kedua-duanya hanya berbeza sebulan.
Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun lahir pada 19 Mac 2018, sementara Muhammad Afwa berusia setahun pada 19 April 2022 ini.
Atas sebab itu pasangan suami isteri ini setuju untuk menyambut hari jadi kedua-dua anak secara bersamaan sehari sebelum Ramadan pada 2 April 2022 lalu di sebuah kawasan permainan air di ibu kota.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza
"Alhamdullillah, saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.
“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces) .. Afwa pula ikut sajalah.
"Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. ( puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..)," katanya sambil memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.