Keluarga Malaysia: Terima Kasih NGO Nurhati Syifa! Lebih 1k set makanan kering Ramadan untuk asnaf!
Published by
"Sebenarnya sebahagian besar sumbangan yang dihulurkan setiap tahun kepada golongan asnaf adalah hasil dana diamanahkan oleh orang ramai kepada kami untuk disedekah kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf termasuk pusat-pusat tahfiz di daerah ini.
"Selalunya majlis penyerahan sumbangan akan diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka sempena bulan Ramadan yang mulia ini," katanya semasa Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Kepada Asnaf di Kampung Tenang, Labis, Johor.
Pada majlis tersebut seramai 70 orang dari golongan asnaf dan pelajar tahfiz Arifbillah Tok Tenang menerima sumbangan berupa barang makanan kering yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh.
Sementara itu, Jomiah Jupri, 70, yang terpilih menjadi penerima sumbangan tersebut menzahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangan.
Jomiah yang merupakan ibu tunggal berkata, walaupun sumbangan tersebut tidaklah sebesar mana bagi orang lain, tetapi cukup bermakna kepada penerima dan mampu meringankan beban perbelanjaan dapur mereka ketika peningkatan kos hidup ketika ini lebih-lebih lagi menjelang sambutan hari raya nanti.
Dalam masa sama dia turut berharap akan lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbang sempena bulan Ramadan yang mulia ini kerana ramai yang masih memerlukan bantuan kerana terjejas pendapatan sepanjang negara dilanda wabak Covid-19 lalu.
Sementara itu, Haslinda pula mengesa semua pemimpin masyarakat di kawasan DUN Tenang agar mengemas kini senarai golongan yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja pengagihan bantuan daripada mana-mana pihak pada bulan Ramadan ini.
"Kita tidak mahu ada dalam kalangan mereka yang tercicir hanya kerana kelemahan pemimpin masyarakat dalam usaha mengenal pasti dan menyenaraikan mereka yang layak menerima bantuan.
"Usaha membantu golongan asnaf tidak boleh dipandang remeh kerana ianya merupakan satu amanah yang perlu digalas dengan penuh amanah oleh setiap pemimpin yang ada disemua peringkat," katanya. - KitaReporters