Betul ke Pak Nil nak kahwin? Hanya mahu fokus kerjaya, anak-anak! Soal kahwin bukan keutamaan!
Published bySIAPA tidak kenal Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil? Sejak berkecimpung dalam bidang pergacaraan lebih 26 tahun, kerjaya pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya ini tidak terhenti.
Malah pada usia menggapai 60 tahun, Pak Nil dilihat semakin aktif bukan sahaja dalam kerjaya seninya malah turut menjadi rebutan syarikat-syarikat sebagai ‘duta’ produk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aznil Nawawi
Pak Nil (kiri) cukup terkenal sebagai pengacara Pop Kuiz bersama Rina Khan di TV3 suatu ketika dahulu. - Kredit foto: FB Nik Ramzi Nik Hassan
Pun begitu, di sebalik kejayaannya mencipta nama, Aznil tidak mampu menahan mahligai dibina apabila jodohnya bersama Zauyah Tarmizi roboh setelah hampir 9 tahun berkahwin.
Kini, sebagai bapa tunggal kepada tiga orang anak, Fildza Haifa, 32; Fariq Haizen, 27; dan Firdaus Hariz,13, pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak mahu menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
“Bagi Pak Nil, apa yang lebih utama adalah meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawab kepada masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada majlis memeterai perjanjian sebagai duta produk Nakada di Kuala Lumpur pada 20 Januari 2022 lalu.
Bercerita lanjut soal pasangan hidup, Pak Nil memberitahu, anak-anaknya pun tidak pernah tanya fasal jodoh apabila melihat papa mereka asyik sibuk dengan kerja.
"Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaannya, namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” tambah pelakon ‘Sama Tak Serupa’ yang merupakan filem pertama Pak Nil melakonkan watak dirinya sendiri pada tahun 1995.
Pun begitu, tambah figura kelahiran Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur ini dalam mendidik anak-anaknya beliau menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain.
"Saya didik mereka untuk hormat orang-orasng tua dan ajar mereka untuk sentiasa bijak membuat keputusan sendiri dengan betul. Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza.
"Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui, begitulah sebaliknya. Jadi paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak," cerita Aznil yang diiktIraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat).
Aznil bersama Pengarah Urusan Kumpulan Nakada (M) Sdn Bhd, Dato Yap Kok Siang (kanan).
Dan sebagai duta produk kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, sejak Mei 2021 lalu, Aznil bersyukur tugasan masak memasak lebih mudah.
“Ya lah, apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas tetapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini... mungkin saya boleh siapkan apatah lagi memasak sekarang tak perlu skil.
"Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan,” ujarnya disusuli ketawa.
Sementara itu, majlis memeterai perjanjian bersama Nakada selama dua tahun itu turut menyaksikan Pak Nil melakukan demonstrasi memasak ‘Ayam Balado Pak Nil Mak Ko Merah’ menggunakan pesnya sendiri dengan periuk Nakada.
Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu tetapi turut terlibat dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini.
"Bahkan saya juga akur pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang, ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.
"Justeru, saya berbincang dengan pihak mereka untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu diperkenankan dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh," ujarnya.
Menurut Pak Nil, setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, beliau akan menganjurkan satu jam sesi siaran langsung dalam media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikToknya.
Dalam tempoh itu, belian harga duta membolehkan pengikut media sosialnya membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus.
Jadi jika anda mahukan pembelian jenama Nakada, Primada atau pun Cuoco pada harga runtuh bolehlah ‘standby’ pada setiap Khamis malam di mana selama sejam Pak Nil akan memperkenalkan produk keluaran Kumpulan Nakada pada harga potongan sehingga 70%.
Banyak tu potongannya, siapa tak mahu kan? - KitaReporters