Video| GV8: Nikki semakin menonjol! Joget Pak Maon Shidee memikat! Selamat jalan Bandi Amuk!

Published by
KitaReporters
Peserta-peserta GV8 menunjukkan kehebatan untuk mara ke peringkat suku akhit. - Kredit foto: IG: GV8

Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu ke-7 dengan tema ‘Ketang Kelentong’ menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan, namun ia merupakan malam yang menghiburkan dengan para peserta memperlihatkan gaya persembahan menarik sehingga menjejaskan mutu nyanyian. 

Nikki Palikat terus menonjol dengan memberi persembahan bertenaga melalui lagu ‘Rindu’ yang dipopular oleh Hetty Koes Endang dan membolehkan dia menduduki tempat teratas dengan 72.3 markah. 

Aliff Aziz masih kekal memberikan persembahan baik dengan menduduki tempat kedua. Begitu juga Suki Low dipuji oleh juri, Datuk Shafinaz Selamat kerana mempunyai sebutan yang jelas dalam lagu ‘Mara Bahaya’ yang bergerak 'laju'.

Ketiga-tiga peserta ini memperlihatkan kemampuan bakal menjadi peserta peringkat akhir di mana salah seorang akan bergelar juara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gegar Vaganza



Dua peserta, Aweera dan Adibah Noor yang selama ini tidak pernah berada di kedudukan enam ke bawah. Aweera hanya menduduki tempat ke-7, sementara Adibah Noor menduduki tempat ke-8.

Adibah yang ingin melakukan kelainan terhadap lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang merobah lagu popular itu dengan gaya dikir barat dengan mengundang kumpulan Dikir Barat bersama.


Adibah silap perancangan untuk lakukan kelainan dalam persembahannya.

Hetty menyifatkan pembaharuan dilakukan oleh Adibah tidak menjadi. Hetty menyifatkan melodi ‘Berdiri Bulu  Romaku’  sudah kuat dan tidak perlu dilakukan ‘pindaan' melampau. 

Akibatnya, ‘bulu roma’ Adibah berdiri apabila dirinya berada dalam senarai tiga peserta terbawah.



Kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek & Yassin Senario) yang nyanyian kedua-duanya berterabur menduduki tempat ke-9, sementara Bandi Amuk tepaksa mengucap selamat tinggal setelah menduduki tempat terbawah.

Persembahan paling menarik dilakukan oleh Shidee yang menyampaikan lagu ‘Selamat Tinggal Pujaan’ yang dipopular oleh S Jibeng. Bagi menghidupkan pesembahan, Shidee melakukan tarian a-go-go Pak Maon (Mahmud Jun) dalam filem ‘Nasib Do-Re-Mi tahun 1966. 

Tarian Shidee menghiburkan para juri dan penonton, namun kerana asyik menari Shidee melakukan beberapa kesalahan Ketika menyanyi serta beberapa lirik asal tertukar. 


/

Shidee bersemangat  menari gaya Pak Maon



/

Azan Scan hampir tidak percaya berjaya menduduki tempat ke-4


Kejutan diberi oleh Azan Scan dan Ani Maiyuni yang berjaya menduduki tempat ke-4 dan ke-5. Kedua-duanya selama ini menduduki lima tempat terbawah.

Ketua juri, Datuk Ramli M.S dalam sidang media selepas pertandingan menyatakan peserta seterusnya yang akan tersingkir dapat dijangka.

Kata-kata Ramli M.S membayangkan kumpulan Sa.Ya bakal tersingkir pada minggu ke-8 atau peringkat suku akhir. 

GV8 tinggal tiga minggu lagi. Beberapa peserta sudah dapat dibayangkan bakal melangkah ke peringkat akhir. 

Sementara siapakah peserta yang gagal menjadi enam peserta peringkat akhir kini menjadi tanda tanya. - KitaReporters


Bandi akhirnya tersingkir pada minggu ke-7

Berikut ialah kedudukan peserta GV8 minggu ke-6:

01 Nikki Palikat                72.3 markah

02 Aliff Aziz                       71.9 

03 Suki Low                      69.7

04 Azan Scan                    64.9

05 Ani Maiyuni                 63.3

06 Shidee                          59.4

07 Aweera                         57.5

08 Adibah Noor                56.7

09 Sa.Ya                             54

10 Bandi Amuk                 53.8

# yang tersingkir: Bandi Amuk   

8
15
0
9
0

Copy Link: