Nama unik! Ibu bapa hanya guna 4 huruf A, E, L, X! Guna variasi abjad untuk namakan 11 anak!
Published byGwenny dan Marino bersama 11 anak mereka. - Kredit foto: The Mirror
UNIK! Mungkin itu boleh diperkatakan kepada pasangan dari Belgium yang kreatif membuat variasi menggunakan empat huruf bagi membentuk nama 11 orang anak mereka.
Menariknya pasangan suami isteri Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno, hanya menggunakan abjad A, E, L dan X kepada kesemua tujuh perempuan dan empat lelaki cahaya matanya.
Hebatnya!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nama unik
Semua anaknya memiliki nama yang hampir sama yang divariasikan menggunakan huruf yang sama.
Anak mereka dinamakan Alex berumur 13 tahun, diikuti Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1; dan Alxe berusia enam bulan.
Terkini, pasangan ini bakal menimang cahaya mata ke-12 iaitu lelaki yang dijadual lahir pada April 2022. Ini menjadikan pasangan ini bakal mempunyai 7 anak perempuan dan 5 lelaki.
/
Sehingga kini, ibu bapa itu masih merahsiakan nama bakal anak ke-12 mereka dan akan diumum setelah lahir.
Empat abjad ini difahamkan boleh menghasilkan 24 nama namun pasangan itu hanya mahu memiliki 12 anak sahaja buat masa ini
Akuinya, cadangan untuk memberi nama anak sulungnya berdasarkan empat abjad itu datang daripada ayah kepada Marino.
Menurut The Mirror, terbaharu, pasangan itu berkongsi hasil imbasan bayi ke-12 dalam Facebook miliknya dan berjanji akan dedahkan nama baharu kepada si kecil menggunakan kaedah sama itu menggunakan empat abjad. - KitaReporters