Hasrat Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk cuci tangan dalam dunia bola sepak di Malaysia tampaknya belum tiba masanya apabila JDT menang mudah ke atas Kuala Lumpur City dalam perlawanan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah pada 26 Februari 2022 lalu. 

Lebih mengecewakan, hasrat jutaan 'peminat' bola sepak Malaysia untuk melihat apa yang dikatakan oleh TMJ itu benar-benar berlaku tetapi ternyata ia belum kesampaian.  Mesti ramai 'peminat' TMJ kecewa kerana JDT menang pada malam itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tunku Ismail Sultan Ibrahim



Sebelum sepak mula Piala Sumbangsih, TMJ telah meninggalkan komen dalam ruangan Instagram rasmi JDT bahawa beliau akan tinggalkan dunia bola sepak jika JDT kalah.  

Ia bagai pembakar semangat untuk pemain JDT kerana mereka sedar, jika TMJ tidak lagi terlibat dalam bola sepak, kebajikan terutama bab gaji pasti boleh jadi isu paling besar. 

Pemain dah selesa dapat gaji besar dan kebajikan tip top, memang goyang la kalau TMJ tiada. 

Malah ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora senada dengan TMJ untuk tinggalkan pasukan jika JDT kalah.


Tapi rasanya, fan JDT lagi suka rasanya kalau Benjamin Mora tinggalkan pasukan. 

Untuk peminat bola sepak di luar sana, jangan risau, Piala Sumbangsih tahun hadapan mungkin ia terjadi kerana JDT akan bermain lagi cuma belum pasti lawan siapa. 

Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim itu pada awalnya dijangka berlangsung sengit tetapi sayang apabila JDT dilihat lebih menguasai perlawanan dan mencatat kemenangan mudah dengan 3 berbalas 0. - KitaReporers 


Kredit MFL 

16
10
0
8
0

Copy Link: