Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Pemilik pasukan bola sepak profesional Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim umumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut dibuat selepas JDT juga umumkan untuk mengganti rumput pada padang Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor dengan jenis yang lebih baik dan berkualiti.

Rumput yang akan ditanam nanti adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti yang ditanam di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Johor Bahru.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JDT

Kredit foto: FB Johor Southern Tigers


"Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

"Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa."Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak," tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.


Sementara itu, pada pada perlawanan pembukaan Liga Perdana antara tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT) II menentang Kelantan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin baru-baru ini telah mendapat kritikan pedas daripada peminat bola sepak tanah air kerana kualiti dan keadaan padang yang sangat teruk dalam perlawanan tersebut. 

Mengambil maklum berkenaan hal tersebut, pihak pengurusan JDT yang cakna dengan rintihan penyokong terus bertindak dan mengumumkan akan menaik taraf padang di Stadium Larkin itu

Ketika ini rumput yang digunakan adalah 'cow grass' dan akan digantikan dengan rumput lebih berkualiti yakni rumput jenis 'Zeon Zoysia'. 



Rumput yang akan digunakan nanti akan sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim. Lepas ini secara tidak langsung kesemua stadium di Johor berada dalam kelas tersendiri. 

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, bukan hanya di Stadium Larkin, malah JDT juga akan menaik taraf padang di Stadium Pasir Gudang dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dengan menggunakan jenis rumput yang sama seperti di Stadium Larkin. 

Fuhh, untung la team bola sepak Johor dapat rasa padang yang berkualiti tinggi. Bukan sesetengah pasukan, dah tahu padang teruk tetap belum ambil tindakan sebaliknya membazirkan dana setiap musim bayar gaji pemain import. 

JDT juga akan bertindak selaku tuan rumah dalam saingan AFC Champions League (ACL) zon Asia Timur untuk peringkat kumpulan yang akan berlangsung pada 15 April hingga 1 Mei 2022. - KitaReporters


6
15
0
12
0

Copy Link: