Kredit gambar-gambar: FB FAM 


KEDUA-DUA pasukan turun dalam misi untuk mencari kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya dan Malaysia dilihat bermula dengan begitu garang apabila banyak melancarkan serangan untuk mencari gol awal.

Beberapa peluang terhidang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan biarpun ketika itu Malaysia menguasi perlawanan. 

Namun berpunca daripada satu hantaran jauh kepada Suphanat Mueanta berjaya memerangkap barisan pertahanan negara dan beliau tidak mensia-siakan hantaran tersebut apabila berjaya meledak gol pertama Thailand. 

Malaysia dilihat lebih banyak menggunakan bahagian sebelah kanan berbanding sebelah kiri ketika menyerang menyebabkan pertahanan Thailand lebih mudah untuk menutup ruang dari dibocori.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak Piala Asia


Dalam pelawanan ini, Brad Maloney melakukan sedikit rombakan apabila Luqman Hakim Shamsudin diletakkan sebagai penyerang utama namun kelibat beliau dalam separuh masa pertama seakan-akan hilang dan jarang menerima bola dari rakan-rakan. 

Berbanding dengan rakan beliau, Suphanat yang dilihat lebih garang mencari dan membuka ruang untuk menjaringkan gol. Malah teknik Suphanat lebih baik dari Luqman biarpun satu ketika dahulu nama Luqman sebaris dengan Suphanat yang diramalkan bakal menjadi bintang pada masa akan datang. 

Dalam skuad muda ini, kita dapat lihat jelas apabila tiada pemain yang boleh melakukan hantaran kepada pemain terakhir atau 'killer pass' seperti mana Thailand melakukannya.

Ada beberapa peluang boleh menjaringkan gol namun kita gagal melakukan.



Bermula separuh kedua, Malaysia terus berusaha mencari gol penyamaan dengan serangan demi serangan.  

Peluang terbaik Malaysia untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak namun beliau gagal melakukannya.

Dalam Malaysia sedang asyik menyerang, Thailand melakukan satu serangan balas dan Channarong Promsrikaew mudah menolak masuk untuk gol kedua Thailand.

Thailand terus menghukum pertahanan Malaysia yang begitu rapuh apabila Suphanat menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga untuk Thailand.



Kekalahan ini membuatkan pertahanan kita telah bolos 7 gol dalam dua perlawanan dan ini bukan sesuatu yang bagus kerana ia jelas memaparkan kelemahan skuad Brad Maloney. 

Dalam perlawanan ini, kita boleh lihat perbezaan antara kedua-dua pasukan dari segi teknik hantaran pendek, sentuhan bola pertama dan penyudah malah hantaran 'killer pass' mereka juga jauh beza daripada pemain Malaysia

Kekalahan ini bermakna Malaysia boleh ucap selamat tinggal untuk kejohanan kali ini. Datang tanpa sebarang sasaran, ternyata skuad muda menepati target untuk pulang awal.

Kegagalan skuad Brad Maloney perlu dipandang serius boleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika ingin skuad ini terus maju pada masa akan datang. - KitaReporters


12
19
0
6
1

Copy Link: