Provokasi terhadap Dr Zulkifli! Zul Yahya digesa mohon maaf!
Published byPANDEMIK COVID-19 secara umumnya memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi tetapi juga mental insan seluruh dunia. Aturan norma baharu yang terpaksa diikut memberi kesan mental buat sesetengah orang. Apa tidaknya, dulu bebas sahaja ke sana sini, bebas berbuat apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang. Kini tidak lagi!! : KitaReporters
Antara hantaran Zul Yahya dalam Instagram berkenaan ketidakpuasan hatinya mengenai SOP dalam masjid.
Lagi cerita-cerita berkaitan Zul Yahya:
https://kitareporters.com/search?search=zul+yahya
Kini segalanya berbeza dan berubah. Apa yang biasa dilakukan sebelum ini. tidak lagi boleh dilakukan. Mahu keluar juga wajib memakai pelitup muka.
Mahu keluar bersama keluarga juga tidak boleh kerana
hanya dibenarkan dua orang sahaja di dalam satu kereta. Mahu menunaikan solat
berjemaah dan Jumaat juga tidak dibenarkan seandainya melebihi kouta yang telah
ditetapkan.
Malah, kalau yang bertuah dapat menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau, perlu pula jaga jarak atau lebih tepat jarakkan saf. Norma baharu seperti ini mendatangkan ketidakselesaan sesetengah pihak sehingga ada yang lantang bersuara.
Salah seorangnya ialah pelakon Zul Yahya atau nama
penuhnya Zulkifli Yahya. Menggunakan media sosial, Zul dilihat kerap memuat
naik hantaran tidak puas hati berkenaan prosedur operasi standard (SOP) di
dalam masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi menangani gelombang ketiga
COVID-19.
Paling mendapat perhatian adalah tindakan Zul memuat naik gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sedang bergambar beramai-ramai.
Tindakan Zul Yahya memuat naik gambar Dr Zulkifli mengundang kemarahan sesetengah pihak.
Menurut Zul, dia hairan kenapa bergambar rapat-rapat
dibenarkan tetapi apabila soal solat di masjid, kena dijarak-jarakkan.
Hantaran Zul itu mengundang perbalahan dalam kalangan pengikutnya
dalam Instagram. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengecamnya.
Salah seorang pengikutnya mencadangkan kalau SOP di
dalam masjid bertujuan untuk mengelakkan fitnah terhadap rumah Allah itu, lebih
baik solat jemaah itu dilakukan di parkir masjid sahaja.
“Saya pernah terfikir jika tak dapat solat dalam masjid disebabkan jadi tohmahan, jadi saya syorkan kita solat berjemaah di parking masjid je. Kalau dalam masjid boleh enam orang, di luar mungkin lebih sebab kawasan terbuka. Jadi tiada masalah sebab kawasan terbuka masih dibenarkan. Rasa tak salah rasanya. Bersukan boleh lagi di taman, membeli-belah masih boleh,” ujar salah seorang netizen.
Ada beberapa orang netizen setuju dengan pendapat Zul Yahya.
Manakala seorang netizen dilihat tidak setuju dengan
tindakan Zul membuat provokasi tersebut kerana ia akan mencetuskan perbalahan.
“Janganlah up status yang mencetuskan virus caci maki dalam ni. Up lah status yang merapatkan ummah dalam keadaan yang sukar macam ni. Memanglah ada kekurangan sana sini tapi jangan buka ruang perdebatan caci maki.
"Bukan semua orang cerdik pandai dalam ni yang faham apa yang kita nak sampaikan walaupun maksud kita itu baik,” tulisnya memberi teguran.
Tindakan Zul memuat naik gambar Dr Zulkifli
seolah-olah menyalahkan menteri agama itu turut menerima kecaman pengikutnya.
“Ya Allah janganlah macam ni. Kalau tak setuju pun SOP yang telah ditetapkan tapi kena ada hormat pada menteri agama tu. Saya rasa ada cara lain yang lebih baik awak boleh utarakan kepada menteri agama SOP yang awak rasa patut dan betul, bukan mcm ni.
“Hantaran awak itu akan menimbulkan macam-macam fitnah
bukan kepada menteri agama atau kerajaan sahaja tapi pada agama Islam amnya,”
tulis netizen tersebut.
Netizen mohon Zul Yahya agar menghormati menteri agama dan elak daripada membuat hantaran yang mengundang fitnah.
Ya, memang betul semua orang tertekan dan ada hak
untuk bersuara tetapi biarlah kena dengan caranya. Apatah lagi kalau ‘suara’
itu datangnya daripada figura umum yang mampu mempengaruhi ramai orang. - KitaReporters