Video| Lagu Aku Budak Girl cetus perbalahan antara netizen! Lagu klise tapi video 2j tontonan!

Published by
KitaReporters


Baru sahaja dilancarkan dalam beberapa hari yang lalu, namun lagu berdurasi 2 minit lebih ini telah berjaya memikat pendengar, sekali gus tontonan dalam Youtube telah mencatat hampir 2 juta tontonan. Wow, Amazing !!!!! 

Namun di sebalik tontonan tinggi ini, lagu nyanyian TikTok femes, Suekhaizhar telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang mendakwa komposer atau pencipta lagu sekadar tangkap muat

Apakah ini benar? Adakah lagu 'Aku Budak Girl' terlalu teruk hingga mendapat kritikan pedas daripada orang ramai? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu


Kredit: YouTube Zym Music


Jika dilihat dari lirik lagu ini, bagi penulis ia memaparkan lirik yang positif namun mungkin terlalu klise. Boleh jadi juga bahawa lagu ini sebenarnya ditujukan kepada golongan remaja bukannya untuk golongan dewasa. 


Antara contoh lirik yang dilihat positif 

Aku budak girl yang pantang menyerah ....
Takkan berundur , sblum berjaya ...
Terima kasih kawan dan keluarga 
Kerna memberi ku semangat untk terus berjaya



Semua orang tahu, sekarang ini untuk cipta lagu tidak susah seperti dahulu yang perlu cipta album dan sebagainya sebaliknya zaman kini hanya cipta dan muat naik dalam saluran media sosial. 

Lagi best apabila ada saluran media sosial seperti YouTube akan bayar kepada kita semula. 



Namun persoalan dia, adakah ciptaan lagu zaman kini makin lama makin tidak berkualiti? 

Mungkin ia mungkin tidak tetapi kita perlu sedar bahawa salera pendengar juga akan berubah mengikut keadaan semasa. Maka tidak hairan kalau ada komposer mencipta lagu yang begitu klise. 



Bagi Sue, beliau bersyukur lagu nyanyian beliau berjaya mencatat tontonan lebih 1 juta dan treding nomber dua di Youtube ketika ini.




Ini pula reaksi daripada netizen mengenai lagu beliau yang telah viral dalam media sosial terutama dalam Tiktok. Ada yang komen positif ada juga yang sebaliknya. - KitaReporters





 

 . 


0
1
0
2
0

Copy Link: