Kredit foto: FB Datuk Dr Noraini Ahmad 


KETIKA ini kita boleh lihat beberapa tempat pemberian vaksin mengalami kekurangan kakitangan untuk memberi vaksin kepada mereka yang datang pada hari tarikh penerimaan vaksin, sekali gus memberi kesukaran untuk para petugas memastikan dalam sehari itu dapat selesaikan kesemua yang hadir. 

Apatah lagi, bermula bulan Jun 2022 ini, semakin banyak vaksin akan dibawa masuk ke Malaysia, sekali gus menyaksikan lebih ramai akan terima vaksin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)



Oleh yang demikian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah berusaha untuk mengenal pasti beberapa Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang boleh bantu jadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini. 

Ini merupakan satu usaha yang sangat baik daripada kerajaan terutama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana kita tahu berapa hospital Universiti Awam (UA) ini mempunyai kepakaran dalam perubatan. 

Menutup beliau, projek ini diketuai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, dan turut dibantu oleh Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Nazirah binti Hasnan.




Mereka kini mengenal pasti 19 PPV IPT dengan sasaran 14,400 sehari atau 432,000 sebulan.

Menurut beliau lagi, mereka akan berusan untuk memastikan sasaran 150,000 dos vaksin sehari dapat capai menjelang akhir Jun 2021 ini. 

Ini sudah pasti dapat membantu kerajaan mempercepatkan lagi pemberian vaksin kepada mereka yang layak.

Semoga usaha baik ini akan menemui kejayaan, sekali gus dapat dapat capai sasaran kerajaan untuk beri vaksin kepada masyarakat lebih ramai dan mewujudkan imuniti kelompok bagi kita bebas daripada COVID-19 lebih cepat.  - KitaReporters



0
1
0
0
0

Copy Link: