TULAR dalam media sosial satu mesej bertajuk ‘Pengumuman Kerajaan Malaysia’ yang didakwa diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Sabri Ismail Yaakob. Namun, menurut akaun Twitter MINDEF Malaysia (Kementerian Pertahanan), berita tersebut adalah palsu. Mereka juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati serta menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang maklumat yang diterima dan tidak menyebarkannya. : KitaReporters


“Dimaklumkan bahawa mesej tular berikut bertajuk "Pengumuman Kerajaan Malaysia" yang didakwa "diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan" adalah palsu. 

"Diingatkan agar berhati-hati serta semak kesahihan sebarang maklumat yang diterima dan tidak menyebarkan mesej ini,” tulis pihak MINDEF Malaysia dalam Twitter rasmi mereka.


Mesej palsu tersebut menjelaskan kerajaan Malaysia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang tanpa amaran kepada sesiapa yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Antara kesalahan tersebut ialah tidak memakai pelitup muka (face mask)  di tempat awam, memasuki kelab malam atau pusat hiburan dan tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan, sekiranya penumpang melebihi daripada seorang.


Mesej yang tular ini adalah palsu!

Sebagai rakyat yang bijak, gunakanlah kecanggihan komunikasi dan teknologi maklumat dengan sebaik-baiknya. Jangan salah guna untuk mencipta dan menyebarkan berita-berita palsu hingga menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: